Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal dilihat sering menggunakan lagu nyanyian Aepul Roza dari kumpulan Drama Band di setiap postingnya sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Respons Kenyataan Dewi – ‘Ambil Je La Duda Aku, Sedekah Kepada Sesiapa Yang Memerlukan’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Nak Dedah Perkara Sebenar Kalau Dibayar RM100,000?
Ada sinar nak kolaborasi
Terbaru, Cik Epal dipercayai mempunyai hasrat untuk berkolaborasi dengan Aepul. Lebih menarik, Aepul turut memberi ‘hint’ okey dan menyuruh Cik Epal untuk menyanyi.
Nampak macam ada sinar ye nak collab. Jangan ada yang meroyan cakap aku tak ada maruah pula. Aku tak ada betul kan mana-mana rambut lelaki di Milan. Aku masih lagi di Malaysia tanah air tercinta.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju sekiranya Cik Epal berkolaborasi dengan Aepul. Ujar netizen, Aepul salah seorang penyanyi dan penulis lirik yang berbakat. Di samping itu, Aepul juga suka menulis lagu berdasarkan isu semasa.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.