Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal sekali lagi mengeluarkan satu kenyataan selepas pendedahan seorang wanita, Emira Delyati Dewi yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas suaminya, Jofliam.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Respons Kenyataan Dewi – ‘Ambil Je La Duda Aku, Sedekah Kepada Sesiapa Yang Memerlukan’
‘Bukan berpunca daripada aku..’
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud menjelaskan dia tidak mahu memberi sebarang penjelasan mengenai isu yang tular.
Tetapi dia menegaskan bahawa apa yang terjadi dalam rumah tangganya itu bukanlah berpunca daripadanya.
Untuk sekarangm aku rasa tak ada keperluan untuk aku beri penjelasan. Semua perkara yang terjadi bukan berpunca daripada aku yang memuat naik apa-apa kenyataan.
Dalam pada itu, Cik Epal sempat berseloroh mengatakan dia mungkin akan membuka mulut sekiranya dia dibayar RM100,000 untuk tampil di mana-mana podcast.
Tapi kalau ada yang sudi bayar RM100k masuk podcast, boleh lah aku pertimbangkan.
Sejak semalam, kisah Cik Epal dan bekas suami sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas Dewi mendakwa dia pernah ditawar oleh Cik Epal untuk menjadi isteri nombor kedua Jofliam.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Instagram Cik Epal