Pempengaruh sensasi, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud mencuri perhatian apabila memaklumkan dirinya sudah habis iddah dan bukan lagi isteri kepada sesiapa.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Buat ‘Report’ Polis, Minta Dewi Pulangkan Beg Harga RM12k – ‘Aku Sedekah Duda Aku Ja’
Cik Epal dah habis idah
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut diumumkan sendiri oleh Cik Epal menerusi satu hantaran yang dibuat di Instagram (IG).
Apa yang mencuri perhatian ialah, ibu kepada dua orang anak sempat berseloroh meminta mana-mana orang kenamaan, lelaki yang masih bujang serta duda untuk mencuba nasib berkenalan dengannya memandangkan dia sudah bergelar solo.
Aku dah habis idah dan sekarang aku bukan lagi isteri siapa-siapa.
Macam pernah dengar kan ‘statement’ ini? Cuma tukar subjek ja, hihi.
Buat Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, duda hot, lelaki bujang (asalkan helok dan single) dah boleh masuk line. Hahaha
Di akhir hantaran, Cik Epal juga menegaskan dirinya tidak gemar untuk berkenalan dengan lelaki yang berstatus suami orang.
Yang benar, Cik Epal tak hamak suami orang.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur membaca kapsyen yang ditinggalkan Cik Epal.
Imbas kembali, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Komen netizen
Sumber: Instagram Cik Epal