Masih trauma dengan perkahwinan terdahulu, pempengaruh media sosial, Cik Pia mengakui belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana lelaki.
Artikel Berkaitan: Cik Pia Dakwa Bosskay Dua Tahun Culas Bayar Nafkah Anak-Anak, Sebulan RM3,500 Tanggung Perbelanjaan – ‘Saya Bagi Dia Peluang Datang & Bincang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Pia Terkedu Anak Luah Rasa Rindu Pada Boss Kay – ‘Dia Tanya, Kenapa Arjuna Tak Ada Daddy?’
Trauma dengan perkahwinan
Cik Pia atau nama sebenar Nor Sufia Johari berkata, fokusnya kini adalah untuk membesarkan dua cahaya mata yang masih kecil.
Sejujurnya saya masih dalam fasa trauma kerana melalui sebuah perkahwinan yang mencabar, cerai dan rujuk. Tidak mudah untuk membuka hati semula.
Fokus saya sekarang hanyalah kepada anak-anak. Mereka amat memerlukan saya untuk pembesaran, anak-anak masih kecil.
Saya juga sedar diri dengan usia sudah 38 tahun, siapalah yang mahu. Dah la janda ada anak dua pula, itu semua komitmen.
Tambahan lagi, untuk mengenali seseorang perlukan tempoh. Bukan dalam jangka masa pendek kenal kemudian terus mahu kahwin. Saya lebih selesa single.
Cik Pia berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa program talkshow Masam Masam Manis anjuran Sirap Limau di Balai Berita, Bangsar.
Ada yang mengenali
Dalam pada itu, Cik Pia tidak menafikan ada lelaki yang cuba mendekati, namun dia menolak secara baik.
Yang cuba mendekati itu ada, iyalah saya kan selalu muncul dalam media sosial buat konten.
Kalau ada yang kenalkan saya dengan seseorang, saya akan beritahu dia yang saya tak bersedia mahu berkenalan. Saya akan minta maaf.
Walau bagaimanapun, Cik Pia hanya menyerahkan soal jodoh kepada Allah sekiranya ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Jika ada jodoh satu hari nanti, saya serahkan seratus peratus perkara itu kepada Allah. Agak klise kalau cakap mahu ciri-ciri lelaki yang kuat agama, tetapi itu yang penting.
Namun saya berlapang dada menerima sesiapa sahaja asalkan boleh menerima anak-anak saya.
Sekadar info, Cik Pia pernah berkahwin dengan selebriti media sosial, Bosskay. Namun disahkan bercerai pada Januari 2023.
Selain Cik Pia, Bosskay juga telah menceraikan isteri pertama. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama dan Cik Pia, Bosskay dikurniakan empat cahaya mata.
Boss Kayy kemudian mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama pelakon Tash Yong pada April 2023 dan mempunyai seorang cahaya mata.