Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah jejambat (flyover) di Jejambat Cimindi, Kecamatan Andir, Kota Bandung di Indonesia, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Akhiri Hayat Adik Kandung, Pekerja Ladang Dijatuhi Hukuman Gantung
Artikel Berkaitan: Tak Sanggup Hidup Miskin, Isteri Bunuh Suami Dengan Parang Di Kebun
Gantung diri di flyover
Memetik laporan media Indonesia, mangsa dikatakan sempat menulis pesanan terakhir sebelum mengakhiri hayatnya sendiri dengan cara menggantung diri. Menerusi surat yang ditinggalkan, mangsa yang merupakan seorang guru bahasa itu mendakwa sering menjadi mangsa buli sejak kecil lagi disebabkan dirinya memeluk agama minoriti dalam komunitinya.
Mereka (kawan-kawan masa zaman sekolah) pernah bagi air minuman, aku ingatkan itu adalah air oren tapi bila minum rupanya air kencing.
Mangsa akui dirinya berterusan dibuli ketika dia cuba mempertahankan agamanya yang dihina ramai. Meskipun begitu, mangsa mendedahkan terpaksa mendiamkan diri dan memilih untuk tidak bercerita kepada ibu bapanya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Namun siapa sangka, setelah sekian lama bersabar, mangsa akhirnya nekad untuk menamatkan riwayatnya. Mangsa sempat menulis di sekeping kadbod memaklumkan untuk dibawa ke sebuah hospital tempat ibu bapanya bekerja.
Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan keganasan ditemui pada mayat mangsa, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber: Kompas, Tribunnews, Wartakota