berita

Cikgu Dipecat Gara-Gara Bantah Peraturan Baharu Minta Pelajar Bayar Sebelum Guna Tandas

September 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Guru Dipecat Protes Peraturan Murid Kena Bayar Guna Tandas

Seorang guru di Madura, Indonesia dipecat hanya kerana membantah dan melakukan protes terhadap peraturan baharu diperkenalkan pengetua sekolah.

Artikel Berkaitan: ‘Cium, Cium Betul-Betul..’ – Konon Nak ‘Didik’, Foto Guru Tadika Paksa Anak Murid Cium Kaki Tersebar

Guna tandas kena bayar

Guru Dipecat Protes Peraturan Murid Kena Bayar Guna Tandas

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribune News, guru yang bernama Mohammad Arif itu dipecat kerana tidak bersetuju dengan peraturan baharu yang memperuntukkan para pelajar membayar 500 rupiah (RM 0.15) untuk menggunakan tandas sekolah.

Menurut Arif, sekolah tersebut merupakan hak milik kerajaan dan segala kemudahan telah pun disediakan sepenuhnya.

Saya sangat tidak setuju kerana sekolah ini merupakan hak milik kerajaan.

Adalah sangat tidak wajar untuk pelajar mengeluarkan duit bagi menggunakannya.

Dalam pada itu, Arif mendedahkan bahawa dia menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Saya terima meskipun saya tahu keputusan untuk memecat saya ini merupakan satu keputusan yang tidak masuk akal.

Kini, Arif meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru di sebuah sekolah swasta di sana.

Sumber: Tribune News

SKIP THIS AD ×