Penerbit, pengarah dan pelakon iaitu Puan Seri Tiara Jacquelina menyeru masyarakat di dunia agar hentikan perkauman kerana dia juga pernah menjadi mangsa perkauman suatu ketika dahulu.
Menerusi laporan Astro Gempak, Tiara memberitahu dia pernah mengalami racism ketika zaman persekolahan dan pada ketika itu usianya 14 tahun. Lebih menyedihkan, ianya dilakukan oleh seorang guru.
Jadi trauma
View this post on Instagram
Menurut Tiara, pengalaman mengalami racism di bangku sekolah telah membuatkan dirinya menjadi trauma. Oleh itu, dia akan berusaha memastikan keharmonian dan toleransi antara kaum dapat dikekalkan. Berkongsi mengenai kisah silam pula, dia memberitahu kejadian itu berlaku sewaktu umurnya 14 tahun dan ianya berlaku di kantin sekolah.
Di sekolah dahulu, sayalah yang menyatukan semua orang tanpa mengira bangsa, tempat tinggal mereka dan sebagainya. Seperti diketahui ramai, saya dahulu dilahirkan sebagai seorang yang bukan beragama Islam, bukan juga berbangsa Melayu. Tetapi, para pelajar di sekolah saya semuanya bersatu, kami menyertai pertandingan sorak, makan dan lakukan pelbagai aktiviti lain bersama-sama.
Pelajar berbangsa lain pun selesa berkawan dengan saya, tiba-tiba pada suatu hari, ada seorang guru yang baru masuk ke sekolah itu datang ke kantin dan menghalang pelajar bangsa lain untuk duduk makan bersama saya.
Tiara memberitahu guru tersebut tidak membenarkan rakan-rakannya duduk dan kongsi pinggan makanan yang sama kerana pada ketika itu dia ‘kafir’. Tiara sangat terkejut dan sedih pada ketika itu kerana itulah pertama kali dia dia dilabel sedemikian dan perkara tersebut datang dari mulut seorang guru.
Memperjuangkan semangat dalam bidang seni
Tambah Tiara, sejak dari itu dia mengambil perkara tersebut sebagai iktibar dan sentiasa memperjuangkan semangat bersatu padu antara kaum menerusi karyanya dalam bidang seni.
Saya bukanlah jenis orang yang berdendam, saya telah berjanji kepada diri sendiri, saya tidak akan pernah bersikap prejudis terhadap bangsa lain. Saya juga telah menjadikan karya seni saya sebagai satu platform untuk menggalakkan perpaduan antara kaum supaya ia boleh menjadi ikutan orang ramai.
Antara karya yang mengetengahkan mesej sebegini adalah Ola Bola The Musical dan P. Ramlee The Musical, mereka yang pernah menontonnya dapat melihat betapa harmoni dan indahnya semua bangsa bersatu tanpa bersikap prejudis.
Sebagai rakyat Malaysia, Tiara yakin Malaysia mampu menjadi sebuah negara termaju di Asia Tenggara jika sifat perkauman dapat dihapuskan.
Sumber: Tiara Jacquelina & Astro Gempak