Sekadaar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa buntu apabila bekas kekasihnya muncul kembali tatkala dirinya sudah bergelar suami orang.
Artikel Berkaitan: Terjah Suami Curang Di Hotel, Isteri Baru Habis Pantang Didakwa Dibelasah Suami
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Tak Pernah Rasa Malu Bercerai Dengan Bekas Suami – ‘Demi Kebaikan Saya Dan Seth’
Teringat kekasih lama?
Menerusi perkongsian di aplikasi X, seorang lelaki berusia 34 tahun akui tidak bahagia dengan perkahwinannya yang sekarang lebih-lebih lagi selepas bertemu semula dengan wanita yang dikenalinya sejak 2018 lalu.
Aku kenal dia masa tahun 2018 di Instagram tapi lepas tu kami lost contact. Pada tahun 2019, aku dari Sabah pindah di Kuala Lumpur. Tahun 2022, dia contact aku semula sebagai kawan. Allah SWT dah atur cantik, setahun kemudian (2023), dia pula pindah di K.
Dedah lelaki itu lagi, dia menyesal kerana tidak menunjukkan usaha untuk mencari dan menghubungi wanita terbabit sepanjang empat tahun mereka ‘berpisah’.
Aku sayang dia, aku boleh cerita macam-macam dekat dia. Aku selesa dan bahagia bila dia ada dengan aku. Wanita yang baik, jaga solat, jaga kehormatan dan aku tahu mak aku mesti suka sebab dia cikgu.
Meskipun perasaan sayang itu masih wujud, tetapi lelaki ini tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan dia sudah berkahwin dengan wanita pilihan ibunya pada tahun 202o.
Aku tak bahagia dengan perkahwinan aku. Mak aku tahu aku dah jumpa cikgu ni iaitu calon menantu yang mak aku paling idamkan tapi mak aku tak bagi bercerai.
Isteri aku ni tak tahu aku ada cikgu ni. Cikgu ni dah tahu aku dah kahwin, dia sayang aku. Tapi dia tak nak jadi isteri kedua. Aku sayang dia sangat-sangat. Aku tak sanggup kehilangan dia lagi.
Sementara di ruangan komen, guru wanita terbabit memberi respon dan menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak mahu menjadi orang ketiga dalam rumah tangga bekas kekasihnya itu. Malah akui mereka berdua kini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan.
Sumber: Aplikasi X