Terasa malas nak ambil nombor giliran? Tak perlu lagi beratur di cawangan bank kerana CIMB Bank Berhad telah mengambil langkah kehadapan ke arah platform perbankan digital dengan menyediakan kemudahan pembukaan akaun dan transaksi dalam talian.
Pelanggan baharu CIMB kini boleh membuka pelbagai Akaun Simpanan/Akaun Simpanan-i secara atas talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Pembukaan akaun ini memang 100% di dalam talian, dari proses mengisi e-borang sehingga penghantaran kad debit ke rumah anda.
Kemudahan macam ni betul-betul ringankan hidup, sebab korang tak perlu dah beratur lama depan bank tunggu nombor giliran kena panggil. Lancar, pantas dan selamat!
Pelanggan boleh memilih akaun simpanan yang berbeza untuk dibuka dalam talian.
Inilah akaun-akaun yang korang boleh pilih dan buka sepenuhnya dalam talian sahaja tanpa perlu ke kaunter cawangan bank.
Cara ini lebih mudah sebab korang boleh baca dulu kelebihan dan manfaat setiap akaun simpanan di atas, lepas tu baru pilih akaun yang paling sesuai untuk gaya hidup korang!
Pulangan tunai untuk pelanggan yang mendaftar! Ini apa yang korang patut buat.
Bermula 10 Oktober 2023 sehingga 30 April 2024, CIMB akan menjalankan kempen pulangan tunai bernilai RM476,000 kepada 35,000 pemenang.
Senang je nak jadi salah seorang pemenang kempen ni. Korang boleh dapat pulangan tunai RM100, RM20 atau RM10 kalau korang merupakan salah seorang daripada 5,000 pembuka akaun pertama setiap bulan.
Cara penyertaan:
Langkah 1: Buka Akaun Simpanan/-i melalui eBorang dalam talian
Langkah 2: Cipta ID CIMB Clicks anda
Langkah 3: Muat turun dan log masuk CIMB OCTO App
Manfaatkan tawaran dan promosi eklusif dengan kad debit CIMB dan CIMB OCTO App!
Dengan Kad Debit CIMB di tangan, korang bakal merasai pelbagai promosi menarik sepanjang tahun.
Ada diskaun eksklusif untuk pelancongan, makanan enak, beli-belah online, aktiviti e-dagang, perkhidmatan kecantikan, dan banyak lagi yang menarik! Jadi, tak rugi buka akaun dan dapatkan kad ini untuk nikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan!
Kalau nak perbankan lagi senang, boleh juga download CIMB OCTO App untuk buat macam-macam urusan perbankan dengan cepat dan selamat.
Sekiranya korang berminat untuk membuka akaun CIMB buat kali pertama tanpa perlu hadir ke bank, korang boleh klik di sini.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat
Notis Penafian: Akaun Simpanan /-i CIMB dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
Ahli PIDM
CIMB Bank Berhad [197201001799] CIMB Islamic Bank Berhad [200401032872]