berita

Cinta Itu Buta! Wanita Kahwini Bekas Teman Lelaki Penyimbah Asid Yang ‘Hancurkan’ Mukanya

December 28th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita Turki membuat keputusan untuk berkahwin dengan bekas teman lelakinya yang juga penyebab wajahnya menjadi cacat seumur hidup. Keputusan tersebut ternyata mengejutkan ahli keluarganya.

Berfin Ozek yang berusia 20 tahun ini, telah hilang wajah aslinya dan hanya dapat melihat 30 peratus selepas disimbah asid oleh Casim Ozan Celtik angkara putus cinta.

‘Kami saling mencintai’

Foto: Newsflash

Pada 2019, pasangan itu dilaporkan bertengkar dan berpisah, menyebabkan Celtik berang dan menyimbah asid pada muka Ozen sambil melontarkan ayat ‘kalau aku tak dapat kau, tiada siapa pun boleh’.

Hilang separa penglihatan, Berfin membuat laporan polis terhadap Celtik yang kemudiannya ditahan. Namun, dilaporkan Celtik telah ‘menyerang’ Berfin dengan mesej-mesej cinta dan ingin berdamai, serta merayu untuk dimaafkan.

Keluarga Berfin menuntut pembelaan hingga mahkamah daerah Iskenderun memutuskan hukuman penjara 13 tahun dan enam bulan ke atas Celtik.

Foto: Newsflash

Namun, disebabkan rayuan kemaafan berterusan serta janji untuk terus menyintai Berfin, wanita itu akhirnya membuka hati untuk menerimanya kembali.

Bahkan, Berfin turut memaklumkan kepada polis untuk menarik kembali aduannya.

Saya sangat mencintainya dan dia juga mencintai saya.

Celtik dibebaskan lebih awal berikutan perubahan undang-undang akibat pandemik Covid-19, dan terus melamar kekasihnya sejurus dibebaskan dan pasangan tersebut berkahwin pada awal bulan ini.

Kahwin tanpa pengetahuan keluarga

Foto: Newsflash

Bapa Berfin, Yasar Ozek terkejut selepas dimaklumkan anak perempuannya telah berkahwin tanpa pengetahuan mereka. Yasar juga enggan menghadiri majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Saya berjuang untuknya selama bertahun-tahun dan kini semuanya sia-sia.

Pasangan tersebut sehingga kini masih belum memberi respon terhadap kecaman hebat yang mereka terima di media sosial. Ramai yang risau akan keselamatan Berfin dan beranggapan wanita tersebut telah membahayakan nyawanya sendiri.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×