Sekadar gambar hiasan
Seorang kakitangan sebuah institut pengajian tinggi berputih mata selepas menanggung kerugian sebanyak RM500,000 akibat diperdaya seorang lelaki yang dikenalinya menerusi laman sesawang cari jodoh.
Melayang RM500k
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, mangsa dikatakan mula berkenalan dengan lelaki berkenaan sejak Julai 2020 namun siapa sangka, sepanjang perkenalan itu, suspek kerap meminta wang daripada mangsa dengan memberi pelbagai alasan.
Sepanjang tiga tahun tempoh perkenalan, pengadu telah terdorong untuk membuat pindahan wang ke akaun diberikan suspek sehingga 22 kali transaksi ke akaun berlainan. Jumlah wang yang dipindahkan mencecah RM500,000 sebagaimana diarahkan suspek.
Menurut mangsa, dia nekad memberikan wang simpanan dan wang pinjaman peribadi yang diminta kerana sayang dan percaya dengan hubungan yang dijalinkan sejak sekian lama.
Pengadu juga menuruti permintaan suspek untuk menghapuskan segala bukti resit pindahan wang ke akaun yang diarahkan.
Namun segala-galanya terbongkar apabila mangsa diberitahu rakan sekerjanya bahawa ‘teman lelakinya’ itu bukanlah individu yang berhubung dengannya selama ini. Susulan daripada itu, mangsa tampil membuat laporan di balai polis. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian