berita

Cinta Sampai Hujung Nyawa, Sempat Akad Nikah Di Hospital Sebelum Pengantin Wanita Meninggal Dunia

April 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian video seorang lelaki dari Indonesia dikenali sebagai Baskoro di laman TikTok, mengundang sebak orang ramai selepas isteri tersayang dijemput Sang Pencipta. Video pendek yang dikongsi mendapat hampir 14 juta tontonan dan rata-rata netizen turut mendoakan supaya pemuda ini terus cekal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 10 Tahun Menanti Zuriat, Suami Meninggal Bantu Mangsa Banjir Tak ‘Sempat’ Tengok Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…

Artikel Berkaitan: ‘Syahid & Syurga Buatmu Sayang’ – Suami Reda Isteri Meninggal Dunia Saat Melahirkan Anak

Sempat nikah di hospital

Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat upacara akad nikah yang berlangsung di hospital dan majlis tersebut dihadiri oleh keluarga yang terdekat. Bagaimanapun apa yang lebih menyedihkan, apabila melihat keadaan pengantin wanita yang hanya terlantar di atas katil sebelum suaminya bersalaman dan menciumnya selepas mereka sah bergelar suami isteri.

Namun kebahagiaan pasangan ini tidak berkekalan, selepas pengantin wanita meninggal dunia dan dapat dilihat batu nisan yang dikongsi pada hujung video tersebut. Menerusi video yang lain, lelaki ini sempat berkongsi momen-momen kenangan bersama Allahyarhamah isterinya.

Sampai jumpa di keabadian, akan ku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi.

Bukan itu sahaja, kapsyen-kapsyen video yang digunakan oleh lelaki ini juga turut mencuri perhatian dan rata-rata warganet turut sempat menitipkan salam takziah kepada lelaki ini.

Video penuh:

@baskoro_wicaksonoSampai jumpa dikeabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi? Akad – Payung Teduh

@baskoro_wicaksono Selamat jalan, semoga kita bertemu di tempat ternyaman. Narasi oleh @pikiranfajar ? Hati-Hati di Jalan – Tulus

@baskoro_wicaksonoHari ini hari ke-delapan, aku udah harus berangkat kerja lagi, aku tinggal dulu ya.. nanti aku kesini lagi sore sebelum lebaran, aku bawain bunga matahari ??? insyaallah. Bye anggun..? suara asli – Baskoro Wicaksono Martowidjojo

Sumber: Baskoro

SKIP THIS AD ×