Cinta itu buta, itulah perumpamaan yang boleh digambarkan dengan kisah perkahwinan seorang nenek berusia 65 tahun dengan anak angkatnya yang baru berusia 24 tahun. Perbezaan umur 41 tahun tidak menghalang mereka membina rumah tangga yang bahagia.
Memetik laporan Kompas.com, perkahwinan mereka adalah di atas dasar suka sama suka.
‘Suka sama suka’
Difahamkan, Ardi Waras merupakan anak angkat kepada Mbah Gambreng sejak setahun lalu dan mereka tinggal bersama. Ardi membantu Mbah Gambreng menjual dan menoreh getah milik jirannya. Penduduk kampung Desa Bumiharjo Indonesia yang mengetahui perkara tersebut tidak menyangka dan turut terkejut.
Ketua kampung, Wahyudi yang menguruskan perkahwinan pada Jumaat lalu turut mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut.
Saya berharap mahligai dibina mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
Pada awalnya, Mbah Gambreng hanya menganggap Ardi sebagai anak angkat. Selain daripada Ardi, Mbah Gambreng telah mengambil seramai empat orang anak angkat iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.
Bermula dengan ejekan
Iya, sudah empat orang anak angkat saya, tiga laki-laki dan satu perempuan, tiga sudah menikah dan punya rumah tangga sendiri, satu lagi Ardi ini yang jadi suami saya.
Bahkan, telah saya anggap seperti anak sendiri tanpa adanya perasaan.
Menceritakan dengan lebih lanjut, pada awalnya mereka berhubungan sebagai ibu dan anak angkat sahaja. Lama kelamaan mereka saling tertarik dan jatuh cinta selepas dia sering mengusik anak angkatnya itu.
Pertama kan saya sering mengejeknya, ‘Kamu itu sudah dewasa, sudah waktunya cari pasangan dan menikah’.
Tetapi justeru dia menyatakan cinta kepada saya.
Melihat Ardi yang serius mahu mengahwini dirinya, mereka teruskan sahaja dengan perkahwinan.
Sumber : Kompas.com