berita

Cinta Si Jururawat & Penoreh Getah. Unik Betul Foto Pre Wedding Diorang Ni

October 8th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini viral kisah cinta antara cikgu dan pelajar sehingga menjadi bualan netizen. Kali ini, foto pre-wedding jururawat dan penoreh getah pula tarik perhatian. Pasangan yang berasal dari Songkla, Thailand ini memilih ladang getah sebagai tempat photoshoot mereka. Memang unik!

Kami kongsikan dengan anda beberapa foto mereka yang boleh dikatakan memang cantik. Yang paling penting, bajet murah okay!

Tak perlu sewa pakaian mahal

Foto ini diambil oleh jurugambar Yusree Yusohem, dan mendapat lebih 8k perkongsian di laman facebook miliknya. Menurutnya, pre-wedding ini tidak memerlukan mereka menyewa pakaian mahal. Tiada istana berjuta-juta atau baju elegan tapi tetap akan dikenang sampai bila-bila.

Cinta tak bergantung kepada kerjaya

Saya hanya mahu mengambil gambar dengan set kerja yang saya suka. Cinta tidak bergantung kepada kerjaya tetapi bergantung pada satu sama lain.

Sunita Salaemae yang merupakan bekas pelajar di Fakulti Kejururawatan, Universiti Surat Thani Rajabhat telah mengahwini Adeelan Salae kerana cinta tanpa memandang darjat. Memang salute! Semoga berbahagia ke anak cucu.

Sumber : Yusree Yusohem

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×