Sepanjang perjalanan Manvin Khera dalam pertandingan Miss Globe 2023 di Albania, pihak OhBulan! dapat melihat usaha, keazaman dan kegigihan yang ditunjukkan oleh ratu cantik tersebut untuk mengharumkan nama Malaysia.
Siapa sangka, berkat kerja keras selama ini ternyata membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai Miss Globe 2023, awal pagi tadi. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Netizen Tak Puas Hati Ajunee Kaur Raih Tempat Kedua Miss Universe Malaysia?
Artikel Berkaitan: Bawa Busana ‘Kampungku’ Seberat 45kg Ke Pentas Miss Universe, Francisca Luhong Sedia Beraksi
Cipta sejarah!
Seperti yang diketahui umum, ratu cantik pertandingan Miss Globe perlu menghadapi beberapa cabaran mini sebelum layak ke pusingan Top 15 dan Top 5. Di awal pusingan, Manvin dilihat sudah berjaya menambat hati para juri dalam acara swimsuit, talent dan head to head challenge. Lebih teruja, Manvin sentiasa berada di kelompok yang terbaik dan berjaya merangkul anugerah Miss Talent 2023.
Di samping itu, menerusi acara kemuncak semalam, Manvin dilihat sangat tenang dan teruja apabila namanya disebut oleh pengacara sebagai peserta yang layak untuk Top 15 dan Top 5. Untuk sesi soal jawab, jawapan yang diberikan oleh Manvin dikatakan sangat profesional dan relevan buat para juri. Cara ‘catwalk’ dan raut wajah Manvin turut dikatakan sangat kemas dan sempurna ketika memperagakan beberapa busana di acara berprestij itu.
Perasaan sebak dan bangga terhadap diri sendiri jelas terpancar di wajah gadis berusia 22 tahun ini apabila dinobatkan sebagai Miss Globe 2023. Penonton yang menyaksikan acara tersebut turut meluahkan rasa bangga dan terharu apabila nama Malaysia disebut dan diangkat dalam pertandingan berkenaan. Ujar netizen, kemenangan yang diraih oleh Manvin itu berjaya menebus kekecewaan mereka sebelum ini.
Video
@ohbulanofficial Siapa sangka, berkat kerja keras selama ini ternyata membuahkan hasil apabila Manvin Khera dinobatkan sebagai Miss Globe 2023, awal pagi tadi. Tahniah! #ohbulan #sembangentertainment
Sumber: Hype pageantry