berita

Cira Mengidam Cendol & Buah Delima, Black Confirm Jadi Bapa Tak Lama Lagi?

June 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-19 at 10.46.36 PM

Ingat tak kami pernah keluarkan artikel mengenai desas-desus bahawa isteri kesayangan Black Hanifah sedang mengandung anak sulung mereka?

Artikel Berkaitan: Sumber : Black & Cira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama?

Walaupun tidak memberikan komen apabila dihubungi, beberapa keping foto yang dimuat naik oleh penyanyi hitam manis itu bagai mengiyakan berita tersebut.

Mana taknya, Black sanggup bawa Cira Khairi ke Penang semata-mata isterinya itu mengidam mahu makan cendol dan buah delima. Amboi. Sweet la dorang ni kan.

Screen Shot 2014-06-19 at 10.35.09 PM

KL-Penang hanya kerana cendol. Terbaik!

Malah, caption yang membahasakan Cira sebagai ‘mummy’ turut menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Screen Shot 2014-06-19 at 10.34.53 PM

Wajah si bakal ibu dan ayah

Kami pun tak tahu mengapa mereka ingin sembunyikan hal ini apabila dihubungi hari itu, namun rasanya berita baik ini lebih bermakna jika diwar-warkan kepada umum, terutama peminat Black yang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Tak gitu?

P/S: Baby girl or baby boy?

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×