berita

Ciri Laptop Terbaik Untuk Usahawan Dan ‘First Jobber’ Work From Home. Semuanya Ada Pada Siri HUAWEI MateBook 13!

June 24th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Sponsored Post

Pengalaman pertama bekerja boleh jadi sukar sebab lebih banyak kerja korang perlu buat dalam persekitaran yang pantas. Dengan tugasan pejabat tak kira masa dan tempat, pemilihan komputer riba yang sesuai memainkan peranan besar dalam memastikan kelancaran kerja yang lebih efisien.

Direka dengan sempurna untuk semua “first jobber’ dan usahawan muda, HUAWEI MateBook 13 adalah laptop ideal untuk meningkatkan produktiviti korang. HUAWEI MateBook 13 adalah peranti ultra mudah alih yang dilengkapi pemproses Intel Core 10th Generation, 16GB RAM dan menyokong paparan HUAWEI FullView 2K 13 inci.

Ini menunjukkan HUAWEI komited dalam menghasilkan komputer riba yang berkualiti tinggi dan bergaya. Korang kena baca sampai habis kalau nak tahu apa yang best pasal HUAWEI MateBook 13. Lagi-lagi kalau korang bekerja dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

1. Bekerja dengan lebih efisien

Apa yang membuatkan kerja korang lebih cekap dan efisien? Ini adalah sebab skrin nya yang besar dan memiliki saiz bezel yang sangat minimum yang dikenali sebagai FullView Display. Ia beroperasi dengan Microsoft Windows 10. Paparan tu pula bernisbah 3:2 yang boleh  mengoptimumkan 88% ruang skrin dan sangat sempurna untuk pengalaman visual korang yang pertama dengan lebih mendalam lagi.

Eh, bukan tu je! HUAWEI Matebook 13 jugak ada high-precision multi touch screen tau! Dengan skrin sentuh yang memberi tindak balas cepat dan sangat peka dengan setiap sentuhan. So, kalau ada proposal atau apa-apa yang korang kena edit atau screenshot tu, memang senang dan pantas sangat weh. Guna tiga jari, leret ke bawah dan walla! Dah siap!

2. Tingkatkan produktiviti kerja

Pernah tak guna laptop dan phone korang dalam masa yang sama? Haa, dua-dua pun pernah kan. Sebab itu adalah kegunaan yang penting untuk ketika bekerja. Eh, tapi pernah tak korang hadapi situasi sukar di mana korang kena pindahkan fail atau gambar dari telefon pintar tapi takde internet atau kabel USB?

Sekarang apa nak risau, dengan HUAWEI Share korang boleh gabungkan telefon pintar dengan HUAWEI MateBook 13 menjadi satu dan hanya perlu tap je. Skrin telefon korang akan muncul dekat laptop dan korang boleh mula berkongsi fail, gambar sambil berkomunikasi dengan rakan sekerja tanpa halangan. Memang sangat memudahkan korang bekerja dari rumah kan?

3. Kurang risau bila ada kerja di luar pejabat

Kadang-kadang rasa leceh bila nak jumpa client atau kerja di luar pejabat pun perlu bawa laptop. Tapi, sekarang tidak lagi sebab HUAWEI Matebook 13 sangat ringan dengan hanya 1.3kg je. Reka bentuknya juga minimalis dan melengkung di tepi sangat sesuai untuk korang yang sentiasa on the go. Paling best, ada butang cap jari. Takdelah korang bazir masa nak masukkan kata laluan laptop. Mudah kan?

Bateri pun kadang-kadang masalah jugak, takut habis kalau dah seharian korang guna untuk bekerja. Kini, dengan kapasiti bateri yang besar dan teknologi pengecas pantas membuatkan laptop korang sentiasa aktif. Ada pengecas poket serbaguna seberat 160g je tau. 65 W USB Charger ni sangat bagus dari pengecas biasa sebab korang boleh pindahkan data atau file juga dalam tu.

Kenapa Matebook 13 ni lain dari yang lain?

Kalau nak dibandingkan dengan laptop lain, HUAWEI Matebook 13 ni memang sangat mengagumkan dan luar biasa. Sebab, ia dicipta dengan kemas dan teliti ditambah pula kemasan potongan berlian di setiap sudut buatkan laptop ni nampak elegan dan sesuai untuk korang yang baru mula bekerja atau pun usahawan muda dekat luar sana tu!

Kalau tak percaya, korang tengok apa kata Alvin Chong pasal HUAWEI Matebook 13 kat SINI.

Jom, dapatkan HUAWEI MateBook 13 yang sangat power dan bergaya ni sekarang . Dengan setiap pembelian HUAWEI MateBook 13 , korang akan dapat hadiah percuma HUAWEI Laptop Backpack, HUAWEI Bluetooth Mouse dan HUAWEI Band 4. Lepas ni, memang mudah untuk korang buat kerja di mana je. Klik SINI untuk dapatkan sekarang!

Boleh rujuk harga siri HUAWEI MateBook 13 pada jadual di bawah.

Tawaran luar biasa di karnival HUAWEI AppGallery

Karnival HUAWEI AppGallery adalah karnival terbesar yang dijalankan pada 19 sehingga 30 Jun 2020. Korang boleh dapatkan mana-mana produk sekarang di HUAWEI Store dan berpeluang jadi yang bertuah untuk membawa pulang salah satu daripada tiga Proton X70S atau salah satu daripada 500 skuter elektrik.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, layari laman web HUAWEI.

SKIP THIS AD ×