berita

‘Cium, Cium Betul-Betul..’ – Konon Nak ‘Didik’, Foto Guru Tadika Paksa Anak Murid Cium Kaki Tersebar

April 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: South China Morning Post

Seorang guru lelaki telah dipecat dan ditahan selama seminggu gara-gara memaksa salah seorang pelajar tadika mencium kakinya. Lebih mengejutkan apabila guru tersebut tergamak mengambil gambar perbuatan tidak senonoh itu dan memuat naik di akaun WeChat.

Tergamaknya suruh cium kaki

Foto: Yahoo News

Memetik laporan daripada South China Morning Post, guru yang dikenali dengan nama keluarga Liu itu mengaku bertindak sedemikian kerana mahu ‘melatih’ dan ‘mendidik’ anak muridnya supaya memahami maksud masokisme iaitu memperoleh kesenangan dari penghinaan. Di ruangan kapsyen, Liu yang merupakan seorang pendidik di wilayah Jiangxi, Timur China itu menulis ‘Cium, cium betul-betul’ yang membawa maksud menyuruh anak muridnya itu mencium kakinya.

Difahamkan, selepas memuat naik tiga keping gambar ketika kejadian, Liu telah menyekat akaun ibu bapa pelajar dan kesemua guru. Bahkan, dia juga menutup ruangan komen. Tetapi malangnya, gambar tersebut akhirnya telah tersebar di akaun Weibo sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dikenakan tindakan

Sekadar gambar hiasan

Dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan kanak-kanak itu sedang memegang kaki Liu sambil kedua-dua tangannya menekan hidung mangsa ke tapak kakinya. Berikutan daripada insiden itu, Liu telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Hasil daripada soal siasat Jabatan Pendidikan mendapati insiden itu berlaku selepas Liu menanggalkan kasutnya sebelum membawa para pelajarnya ke kawasan permainan.

Difahamkan, mangsa juga ada mengadu mengatakan kaki gurunya berbau busuk. Sementara itu, pemerintah wilayah Ruijin telah mengeluarkan amaran kepada tadika tersebut dan memerintah mereka untuk memecat Liu.

Sumber: South China Morning Post

SKIP THIS AD ×