berita

‘Cium Pipi & Buat Aksi Lucah..’ – Baru 2 Hari Kenal, Penceramah Bebas Disyaki Cabul Ahli Perniagaan Lelaki

December 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang penceramah bebas telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mencabul seorang lelaki. Lebih mengejutkan apabila mangsa mendakwa suspek telah bertindak mencium pipinya dan melakukan aksi lucah.

Konon ajak keluar makan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, mangsa berusia 30 tahun yang juga merupakan ahli perniagaan itu mendakwa telah menjadi mangsa cabul seorang penceramah bebas. Bercerita lanjut mengenai insiden itu, suspek merangkap seorang guru agama dan mangsa dikatakan telah keluar makan bersama.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila suspek didakwa mengambil kesempatan itu untuk mencabul mangsa di sebuah hotel di Kelantan. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, kedua-dua mereka ini dipercayai baru dua hari berkenalan di sebuah pasar raya sebelum membuat keputusan untuk berjumpa.

Menurut mangsa, sebelum kejadian, suspek telah menghubunginya dan mengajak mangsa keluar minum bersama. Semasa berada di tempat kejadian, suspek didakwa bertindak mencium pipi dan melakukan perbuatan kelucahan yang melampau.

Mangsa masih trauma

Susulan daripada insiden itu, mangsa yang tidak berpuas hati terus bergegas ke balai polis untuk membuat laporan. Difahamkan, mangsa kemudian menerima rawatan di hospital. Mangsa juga mengakui masih trauma dengan insiden tersebut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×