berita

‘Claim’ Sabah Bukan Milik Malaysia, Setiausaha Luar Filipina Dipanggil Beri Penjelasan

July 30th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr telah membuat kenyataan mendakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.

Susulan daripada itu, Datuk Seri Hishammuddin membidas kenyataan tersebut dan mengatakan kenyataan yang dikeluarkan tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Sabah is not in Malaysia

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Teodoro itu adalah respon kepada perkongsian Twitter Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit barangan kebersihan diri kepada rakyat Filipina yang dihantar pulang oleh Sabah. Kesemua rakyat Filipina tersebut dipercayai tiba di Zamboanga City dan Bongao di Tawi Tawi.

Affects bilateral ties

Melihat kenyataan tersebut, Datuk Seri Hishammuddin membidas kenyataan Setiausaha Luar tersebut dan mengarahkan Teodoro Locsin Jr untuk beri penjelasan isu tersebut hari Isnin nanti.

I am truly sorry

Rata-rata netizen termasuk masyarakat dari Filipina memberi pandangan berhubung isu yang berbangkit. Malah, ada yang meminta maaf kepada kerajaan Malaysia berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Luar Filipina itu.

Sumber: Datuk Seri Hishammuddin 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×