Penyanyi Cliff Umar mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Pengunjung Konsert Terus ‘Blah’ Sebab Tak Puas Hati Cliff Umar Nyanyi Lupa Lirik?
Artikel berkaitan: ‘Saya Minta Maaf’ – Cliff Umar
Memiliki dadah jenis heroin
Memetik laporan mStar, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan di hadapan majistret Sasha Diana Sabtu.
Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.
Cliff ditahan di Subang Jaya pada Ahad lalu sekitar pukul 3.30 petang kerana memiliki heroin seberat 0.39 gram.
Penyanyi itu boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding berlangsung, Timbalan Pendakwa Raya memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.
Bagaimanapun, peguam mewakili Cliff memohon supaya nilai lebih rendah memandangkan penyanyi itu menanggung isteri dan empat orang anak.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan.
Sumber: mStar