Penyanyi Cliff Umar mengakui kesilapan mengambil bahan terlarang dan menyesal akan perbuatannya itu.
Artikel berkaitan: Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin, Berdepan Penjara Sehingga 5 Tahun
Artikel berkaitan: ‘Tak Mampu Bayar Nafkah Tapi Boleh Beli Dadah’ – Bekas Isteri Cliff Umar
Menyesal ambil dadah
Menerusi hantaran di Instagram, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph, 42, berkata, tindakan mengambil dadah mendatangkan kesan buruk terhadap dirinya.
Jangan ambil dadah, melainkan anda nak dimalukan dan diperlakukan seperti penjenayah termasuklah terpampang di media sosial serta berita nasional.
Hanya Tuhan yang tahu saya menyesalinya. Kalau anda ingin tahu kenapa saya buat perkara itu, saya juga seperti anda semua, kadang-kadang saya membuat pilihan buruk dalam hidup dan ia sebagai petanda untuk berubah kearah lebih baik.
Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya iaitu Anita yang sentiasa disisi semasa berdepan dakwaan memiliki bahan terlarang tersebut.
Jika tidak kerana awak (isteri), mungkin saya dah lama pergi. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya tak akan kecewakan awak lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis antaranya Nabila Huda, Tom, Mimi Fly dan warganet turut memberikan kata-kata semangat untuk dia bangkit semula.
Semuanya akan baik-baik saja, you got this!
Sending you love, brother.
Tom dan Fuad sentiasa di belakang Abang Boy! Semoga cepat sembuh..kita semua sayang Abang Boy.
Terdahulu, Cliff mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram.
Pada 26 Mei, dia ditahan pihak berkuasa di tepi jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor pada jam 3.30 petang.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan.
Sumber: Instagram