berita

Coffee Lover, Ini Antara Kerja Keras Di Sebalik Secawan Kopi Yang Korang Perlu Tahu!

October 27th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Caffeine and depression: Positive and negative effects

Buat penggemar kopi, sehari tanpa kopi memang boleh buat hidup serba tak kena kan? Bangun pagi, mesti nak minum kopi, kalau tak mesti rasa macam lesu je dan tak bermaya. Lepas dah kena secawan tu, barulah rasa segar dan bersemangat nak mulakan hari!

Tapi, disebalik rasa keenakan air kopi yang dihirup oleh setiap penggemarnya, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana proses pembuatannya?

Jom kami kongsikan tentang bagaimana dari sekecil-kecil biji kopi boleh menjadi segelas minuman yang menjadi kegemaran ramai orang di seluruh dunia!

Fasa 1: Penuaian dan pengasingan biji kopi

Benih kopi akan ditanam di nurseri dalam beg individu untuk melindunginya dari cuaca yang tidak sesuai selama 8 sehingga 20 bulan. Kemudian, ia akan dipindahkan ke tanah supaya ia dapat tumbuh dan menghasilkan biji kopi.

Untuk pengetahuan korang, biji kopi tidak matang secara serentak walaupun di dalam satu pokok yang sama. Ada yang dah berwarna merah ada yang masih berwarna hijau. Jadi, para petani perlu hanya memetik biji kopi yang berwarna merah dan sudah matang untuk diproses.

Fasa 2: Pemprosesan dan Pengeringan Biji Kopi

Langkah Cerdas Mengolah Kopi Bubuk Berkualitas | mesinpengolahkopi

Setelah biji kopi yang matang dipetik, ia seterusnya diolah melalui proses pengeringan iaitu dijemur di bawah matahari selama beberapa hari. Seterusnya, akan dimesin untuk memisahkan buah kopi dengan bijinya dan difermentasi selama beberapa hari untuk membuang kulit biji kopi.

Namun, hanya biji kopi yang bagus dan berwarna hijau akan dipilih untuk dipanggang.

Fasa 3: Panggang, Kisar dan Dibungkus!

Kredit: Tucson Foodie

Proses memanggang adalah yang paling penting dalam penghasilan kopi kerana ia memerlukan masa dan suhu yang sempurna. Betapa kuat rasa kopi adalah bergantung kepada berapa lama biji kopi dipanggang.

Semasa biji kopi dipanggang, ia akan terbelah dan lapisannya akan terpisah. Setelah dipanggang, biji kopi akan digiling sehingga menjadi serbuk dan dibungkus untuk dipasarkan.

Bukan senang kan nak hasilkan serbuk kopi yang berkualiti!

Pada 2020, NESCAFÉ telah beralih dengan hanya menggunakan biji kopi yang diiktiraf 100% oleh Organisasi 4C untuk semua pengeluarannya di Malaysia. 

Grown Respectfully | Nescafe | Global

Kalau korang nak tahu, ini merupakan pencapaian yang luar biasa kerana NESCAFÉ Malaysia je yang diberi pengiktirafan ni, yang mana setiap biji kopinya dipilih dengan penuh teliti sebelum dipasarkan.

Peralihan ini juga menunjukkan tanggungjawab NESCAFÉ untuk membina masa depan kopi yang mampan bagi jenama dan juga para peladang.

Bersempena dengan Bulan Kopi Antarabangsa, NESCAFÉ meraikan kejayaan penting, kerana kopi yang paling disukai di Malaysia kini menggunakan 100% biji kopi yang diiktiraf 4C untuk memastikan kita semua terus dapat menikmati kopi yang berkualiti untuk masa akan datang..

Organisasi 4C merangkumi:

  • 4C Code of Conduct adalah instrumen teras Organisasi 4C untuk mempromosikan pengeluaran, pemprosesan dan perdagangan kopi hijau yang lestari. Ia merangkumi 12 prinsip, 45 kriteria dan 3 tahap kepatuhan.
  • Ketahui maklumat lebih lanjut tentang biji kopi yang diiktiraf 4C, di sini.

Apa maksudnya apabila biji kopi diiktiraf 100% oleh Organisasi 4C dan disemai dengan kasih?

Image may contain: 1 person

Alam sekitar dilindungi

Penggunaan racun perosak dipantau dan diminimumkan, yang mana ia memerlukan pemantauan yang ketat di ladang, di samping memastikan kesuburan tanah dan nutrien dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya. 

Strategi pengurusan air dan sisa yang selamat juga dilaksanakan bagi memastikan persekitaran ladang yang lebih sihat, sementara pemuliharaan tenaga turut dipantau secara teliti untuk kelestarian jangka panjang dan memerangi perubahan iklim.

Kehidupan dan punca pendapatan peladang dipertingkatkan

Semua kebajikan pekerja dijaga, yang mana mereka mendapat kontrak buruh yang betul; dan waktu kerja mereka mematuhi undang-undang negara; dan kerja lebih masa juga akan dibayar.

Prospek dan peluang yang lebih baik

Para peladang mendapat latihan daripada Organisasi 4C untuk meningkatkan lagi kemahiran dan kemampuan mereka. Organisasi 4C juga berusaha untuk memperbaiki keadaan hidup peladang dan menyokong pendidikan asas mereka.

Sempena dengan pencapaian tahun ini juga, NESCAFÉ telah memperkenalkan program “disemai dengan kasih, dinikmati sepenuh hati”, yang membawa kita semua menyusuri bagaimana kopi diperoleh secara bertanggungjawab dan ditanam dengan penuh kasih sayang sehingga menjadikan aroma dan rasa NESCAFÉ menjadi kegemaran rakyat Malaysia!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Program ‘Grown Respectfully’, layari laman web NESCAFÉ.

SKIP THIS AD ×