berita

Colgate Dengan Kerjasama ‘Rapper Malaysia’ Airliftz Menginspirasikan Senyuman Sebagai Kekuatan Walau Dalam Apa Jua Cabaran Yang Korang Hadapi!

November 30th, 2022 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Dalam hidup ni, mesti kita ada cita-cita dan impian yang kita nak kejar kan? Akan tetapi pasti ada cabaran yang perlu kita tempuh. 

Kalau korang sendiri, apakah tindakan dan tindak balas yang korang akan buat untuk hadapi semua cabaran yang datang tu? Adakah korang akan berdiam diri sahaja ataupun melangkah ke hadapan dengan melakukan sesuatu yang optimis? 

Kalau korang nak tahu, Colgate telah melancarkan kempen “Smile Strong” dengan kerjasama rapper dan penyanyi Airliftz untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa optimis dan menggunakan kuasa senyuman dalam menghadapi apa sahaja rintangan dan cabaran.

Tak kira bagaimana rupa & warna kulit, semua orang berhak tersenyum walaupun dalam keadaan sukar!

Kolaborasi bersama-sama Airliftz ini menceritakan kisah seorang anak muda yang telah menghadapi pelbagai cabaran tanpa henti sepanjang hidupnya. 

Namun, beliau tidak putus asa dan memilih untuk menjadi seorang yang optimistik dalam menghadapi apa jua cabaran bagi mencari kekuatan dalaman untuk terus melangkah kedepan dan menjadi insan yang lebih baik.

Kini, beliau lebih yakin dan kekal fokus serta terus mengasah diri nya dalam bidang muzik dengan menampilkan kuasa sebenar dalam senyuman di pentas dunia. 

Ha…inilah kisah sebenar yang ditunjukkan dalam filem pendek hasil kerjasama Colgate bersama Airliftz ni.

Tak kira lah korang berlainan rupa, warna kulit, kaum atau bangsa sekali pun…yang pasti kita semua berhak tersenyum dalam apa jua keadaan pada masa akan datang. Anggaplah senyuman itu merupakan satu kekuatan untuk korang bangkit dan fokus dalam membuat sesuatu yang boleh memajukan diri dan masa depan korang!  

Oleh itu, teruslah melangkah ke hadapan dengan inspirasikan senyuman korang sebagai kekuatan untuk melangkah kehadapan tanpa sebarang halangan. 

Disebalik senyuman, terukir kekuatan!

Sebenarnya ramai dikalangan kita yang terpengaruh dengan kehidupan media sosial sehingga menimbulkan gejala “dysphoria” yang menyebabkan kita mengalami rasa rendah diri tentang bagaimana masyarakat menilai kita. 

Keadaan ini menyebabkan generasi muda hilang keyakinan kerana beranggapan mereka tidak dapat memenuhi harapan masyarakat.

Pernah mengalami dan berada dalam situasi tersebut, Airliftz memilih untuk berfikir secara positif dan fokus pada matlamatnya. Justeru itu, dia berubah dan kini menjadi bintang di atas pentas.

Colgate percaya kisah Airliftz dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang “Kuasa Senyuman”. Ye la, kita semua hidup dengan kehidupan yang berlainan, menghadapi cabaran hidup yang berbeza tetapi dengan senyuman kita boleh membangkitkan pemikiran optimistik.

Ingat, senyuman  bukan sekadar simbol kebahagiaan saja, tetapi di belakangnya memberi korang kekuatan untuk percaya, yakin dan kuat pada diri sendiri untuk memastikan kita terus melangkah kedepan menggapai cita-cita dan impian kita.

“Smile Strong” bersama Colgate! Rangkul kuasa senyuman dan serlahkan potensi diri korang ketahap terbaik.

Lagipun, dengan adanya the power of smile, orang disekeliling juga akan turut yakin dengan korang.

Jadi, korang perlu lebih optimis dan yakin dengan kuasa senyuman. Tak kisahlah walau dimana dan apa pun yang sedang terjadi, teruslah tersenyum.

Hanya dengan satu senyuman banyak yang boleh berubah. Walaupun nampak kecil, tapi ia membawa seribu makna tau! Sesuai sangat dengan tagline “Kami Lebih Kuat Apabila Kami Senyum”. Jadi, jom terus “Smile Strong” bersama Colgate!

SKIP THIS AD ×