berita

‘Come On, Dia Budak’ – Pernah Dikutuk Gemuk Macam Tong, Aishah Faham Tekanan Haqiem Rusli

July 6th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam, penyanyi Haqiem Rusli bersama pihak pengurusan telah membuat satu sidang media menjelaskan mengenai dakwaan kontroversi gimik kemurungan. Beliau walaubagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mengakui sememangnya mengalami mild depression sejak setahun yang lalu.

Artikel berkaitan : ‘Bagi Saya Peluang Kedua’ – Haqiem Rusli

Penyanyi veteran, Aishah menerusi laman Instagram bersimpati dengan nasib yang melanda penyanyi baru itu. Dia sebagai penyanyi yang sudah 30 tahun di dalam bidang seni memahami kerana pernah melalui situasi tersebut.

Bukan senang nak jadi terkenal pada usia muda

Semalam rata2 walau dalam kesibukan shooting cover single Malar,I asyik terbaca komen2 negatif menghentam ‘kaw-kaw’ artis muda ni.Mungkin I tak follow dari mula cerita dia tapi sedikit klip video yg I tengok,I felt so sorry for him.Come on guys,despite his fame,he is a kid.Give the guy a break!!!Dia guna perkataan depress tu sebenarnya bukan tak betul.Depression ni semua ada tahap2nya,tapi apa yg I tengok dan dengar dari kata2 sebenarnya I sendiri faham…terlalu faham.Bukan senang utk jadi terkenal pada usia yg sangat muda,terutama dlm zaman sekarang di mana artiste didedahkan kepada public dgn.meluas.

Dikutuk ‘buntal, gemuk sangat, macam tong’

I rasa sgt sedih bila dia menangis bila netizen mengutuk wajah dan rupanya.You all anggap remeh kan tapi pada usia yg dah 30tahun dlm industri pun ,hati I masih terguris dan makan dalam bila org kutuk I ‘buntal,gemuk sangat,macam tong’ dan seribu satu macam kutukan.Sakit,dah selalu kena pun tetap sakit percayalah.Cuma pengalaman mengajar kita bagaimana nak ‘handle’ perkara ini.Kalau dia kata dia depress I percaya…Berapa kali I sendiri depress dari tekanan dlm industri muzik dan rasa nak give up I pun tak ingat.Cuma bezanya dia meluahkan perasaannya itu di sosial media.Itu mistake dia..Tapi I percaya dia depress dan stress,mungkinlah tak sampai tahap depression org2 macam Robin Williams,Anthony Bourdain,Kate Spade dll yg membunuh diri tapi ianya satu bentuk depression.You all mungkin mengejek2 kutuk dia menangis bila dikutuk gitu tapi percayalah menghina rupa,wajah dan bentuk seseorang itu satu mental torture.Karen Carpenter mati akibat anorexia kerana mental torture yg dialaminya apabila wartawan mengkritiknya terlalu gemuk.So please don’t be so hard on the guy.Kita kena support artiste kita,nak jadi artiste berkualiti ambil masa dan semua pun akan at some point make mistakes or say the wrong things.Management pun tolonglah main peranan,guide and protect your young talents,ada masa berilah peluang mereka enjoy usia remaja mereka.Young stars need a lot of guidance… @haqiemrusli_wanimusic if you need a listening ear from someone who may understand your preassures,come talk to me.Lagipun you pernah kata I look like your mum right…stay strong

Sumber : Wan Aishah Wan Ariffin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×