Aktiviti penggambaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan bermula selepas hari raya Aidilfitri. Walau bagaimanapun, krew terlibat harus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Antara SOP tersebut adalah mesyuarat dan uji bakat dibuat secara dalam talian, rekod perjalanan tenaga produksi dan artis bagi tempoh empat minggu sebelum penggambaran perlu dikemukakan dan memastikan tidak lebih daripada 20 orang dalam setiap sesi penggambaran.
Berlakon cara norma baharu?
Tampil meluahkan pandangan berhubung isu ini, Nabila Huda berkata penggambaran dengan cara norma baharu dan SOP yang ditetapkan agak sukar. Pelakon ini mengambil contoh scene yang melibatkan orang ramai di mana penjarakan sosial perlu dilakukan.
Risiko dijangkiti
Malah, para pelakon dan krew juga terdedah kepada risiko jangkitan di mana kos perubatan perlu diambil berat. Pelakon filem Munafik ini juga bimbang keluarga di rumah turut dijangkiti disebabkan kerja luar tersebut.
Bukan nak cari kontroversi
Katanya lagi, ketika wabak pandemik ini dia dapat lihat tenaga kerja bertungkus lumus membuat kerja sambilan seperti berniaga untuk meneruskan kehidupan. Mereka yang terjejas pendapatan saling bantu membantu antara satu sama lain dan ini adalah sesuatu yang membanggakan.
Tidak mahu mencetuskan kontroversi, Nabila Huda memohon maaf sekiranya pandangannya ini menyinggung perasaan sesetengah orang.
Sumber : Nabila Huda