Korang tahu tak? CONBOO, jenama kecantikan yang tengah hot sekarang jadi penaja utama untuk Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36! Fuh, makin besar pengaruh CONBOO dalam dunia kecantikan dan hiburan ni.
Apa yang best, CONBOO baru je lancarkan produk terbaru mereka, Beau3 Milk. Produk kecantikan ni bukan biasa-biasa tau!
Ia diperbuat daripada bahan premium seperti sarang burung, serbuk mutiara, glutathione dan madu manuka. Paling win, Beau3 Milk ni hadir dengan empat perisa iaitu strawberi, melon, pisang, dan coklat.
Hannah Delisha sebagai duta CONBOO!
Yang paling best, CONBOO telah melantik Hannah Delisha sebagai duta rasmi! Siapa je yang tak kenal Hannah Delisha kan?
Artis serba boleh ni bukan saja popular, tapi juga ada portfolio cemerlang yang memang menarik minat jenama besar.
Hannah pun teruja dengan pelantikan ni kerana dia harap boleh bawa imej CONBOO ke tahap lebih tinggi. Kiranya, gabungan Hannah dan CONBOO ni memang perfect untuk promote gaya hidup sihat dan kecantikan semula jadi.
Hanya perlu selfie, boleh menang hadiah yang best
Nak lagi best? CONBOO tengah anjurkan peraduan Selfie & Menang dari 15 September hingga 31 Disember 2024 ni!
Senang je nak join peraduan ni. Korang hanya perlu beli Beau3 Milk, selfie cun-cun dan muatnaik kat Instagram.
Pastikan tag @conbooofficial dan guna tanda pagar #selfiebersamaconboo, #conbooinspirasikeyakinanmu, dan #conbooabpbh36.
Korang bukan je boleh menang hadiah menarik, tapi hadiah utama dia ialah Proton X70! So, tunggu apa lagi? Cepat-cepat grab Beau3 Milk korang, selfie dan siapa tahu korang yang akan bawak balik Proton X70 tu!
Best gila kan? Untuk maklumat lanjut, boleh layari sahaja laman sesawang ini.
Oh ya, ticket ke ABPBH-36 hampir habis dijual. Segera dapatkan tiket APBPH-36 di sini untuk ke majlis penuh gilang-gemilang itu.