berita

‘Confirm Pelajar PASTI Ni’ – Boleh Baca Hadis & Terjemahan Al-Quran, Kebolehan Kanak-Kanak Ini Curi Tumpuan!

August 19th, 2019 | by Amat
Kini Trending

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ itulah definisi yang sesuai digambarkan buat adik perempuan ini. Menurut Twitter Hanisah, adik sepupunya itu masih lagi belajar di Taska Pasti dan mampu membaca petikan hadis beserta dengan terjemahan Bahasa Melayu sekali.

Guru di taska berkenaan telah pun mengajar anak-anak murid mereka membaca hadis dan ayat Quran sehinggakan rata-rata pelajar mampu menghafal serta menjadi amalan. Netizen yang menonton video ini juga kagum dengan kanak-kanak ini. Terbaiklah, dik!

Dia memang suka baca berulang kali

Video di laman Twitter Hanisah ini telah meraih kira-kira 18ribu Retweet dan rata-rata netizen menyukainya. Netizen turut mendoakan agar adik ini terus membaca ayat-ayat suci al-Quran hingga menjadi amalan harian. Mereka turut menyukai cara kanak-kanak ini membaca sekali dengan terjemahan Bahasa Melayu selepas bacaan hadis yang sangat jelas dan satu per satu.

Sambungan hafazan

Tambah kenyataan dari Hanisah lagi, kanak-kanak ini gemar membaca petikan hadis dan Quran setiap kali pulang dari taska sehingga menjadi amalan harian yang perlu dipraktiskan. Malah, dia juga akan membaca apa yang dipelajarinya di taska.

Baca ulang kali apa yang belajar

Sejuk perut ibu mengandung

Sumber: Hanisah

SKIP THIS AD ×