berita

‘Confirm Tak Payah Beli Baju Raya’ – Kes Covid-19 Naik, Michael Ang Tak Beraya Tahun Ini

April 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Peningkatan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sejak belakangan ini, ternyata mengundang kerisauan segelintir masyarakat. Di Instagram, penerbit dan pengarah, Michael Ang memberi nasihat kepada semua masyarakat agar menjaga diri dan tidak mementingkan diri sendiri dalam situasi sebegini.

Main masak dekat rumah saja

Okay confirm tak payah beli baju raya. Simpan duit saja la. Raya ni kita main masak-masak dan makan sendiri dekat rumah saja la. Apoo 2800 kes Covid. Tolong la duduk rumah kalau tak ada benda penting dekat luar tu. Menakutkan MCO balik.

Menurut Michael Ang, dia sudah menyangka mengenai jumlah kes Covid-19 di Malaysia yang diumumkan semalam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh itu, dia memohon kepada semua masyarakat agar menjaga diri sentiasa. Tambah Michael Ang, tahun ini dia tidak perlu membeli baju raya dan duit tersebut boleh disimpan.

Kayangan merayap sini sana

Kami duduk rumah kayangan merayap sini sana.

Dah setahun lebih kami duduk di rumah Mic. Bila la boleh beraya dengan keluarga.

Kami pun terkejut dengan angka semalam.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen masih meletakkan harapan supaya pihak kerajaan dapat memberi kebenaran buat mereka untuk pulang beraya. Namun begitu, ada juga yang berpendapat angka tersebut bakal menurun sekiranya dalam tempoh beberapa minggu ini semua rakyat Malaysia patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sumber: Michael Ang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×