Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menitipkan pesan dan nasihat buat pempengaruh agar lebih berhati-hati sewaktu memuat naik apa-apa ‘content’ di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Ellie Suriaty, Imran Bard Ditegur Netizen Kerana ‘Dissed’ Rita Rudaini? – ‘Adab Nombor Satu Ya, Ingat Sampai Bila-Bila’
Pesanan buat ‘content creator’
Content creators, ini untuk anda & kita semua yang post sesuatu di media sosial.
Jangan lah buat video yang melanggar undang2, petik nama orang atas dasar lawak & gurauan, buat content prank melampau batas, buat parodi syok sendiri.
Lawak bila salah tempat, dah tak jadi lawak.
— ?? UA (@UyainaArshad) February 22, 2025
Menerusi ciapan di aplikasi X, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad turut mengingatkan agar pempengaruh untuk tidak melakukan ‘content’ yang melampaui batas dan melanggar undang-undang.
‘Content creators’, (pesanan) ini untuk anda dan kita semua yang muat naik sesuatu di media sosial.
Janganlah buat video yang melanggar undang-undang, petik nama orang atas dasar lawak dan gurauan.
Buat ‘content’ prank melampau batas dan buat parodi syok sendiri.
Tambah pengacara program ‘Wanita Hari Ini’ (WHI) itu lagi, lawak jenaka juga harus disesuaikan mengikut keadaan dan masa.
Lawak bila salah tempat, dah tak jadi lawak.
Ciapan itu dipercayai dibuat Uyaina berdasarkan kes melibatkan pempengaruh, Imran Bard dan pelakon, Ellie Suriaty.
Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard pada petang Khamis.
Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
Sumber: Aplikasi X