berita

‘Contraction Dah Mula Kuat, Sakit Gila!’ – Amyra Rosli Kongsi Pengalaman Bersalin Ayra Aryssa

February 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, pelakon cantik Amyra Rosli baru sahaja selamat melahirkan anak keduanya sekitar awal Februari yang lalu. Anak kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan suami, Amar Bahrin diberi nama Ayra Aryssa.

Terbaru, menerusi laman Instagram Amyra, dia ada berkongsi pengalamannya ketika melahirkan Ayra. Menurut Amyra, dia dan keluarga sangat teruja untuk menunggu kehadiran cahaya mata keduanya itu.

Baby songsang

Menceritakan kisah itu, Amyra memberitahu sejak dua minggu sebelum kelahiran Ayra Aryssa, dia telah melakukan pelbagai exercise dan mengamalkan petua supaya bayi dalam perut berpusing. Dan disebabkan bayi tak berpusing, doktor bagi tahu yang dia terpaksa melakukan caesar. Tiap kali memikirkannya, Amyra mula berasa gelisah dan gementar tetapi dalam masa yang sama dia sangat teruja untuk melahirkan anak keduanya pada tarikh yang dirancang bersama suami iaitu pada 2 Februari 2020.

Cantik dah mommy daddy set date nak keluarkan Ayra Aryssa on 02/02/2020 tapi…
Cerita dia macam ni, doktor bagi tahu baby songsang. But she said no worries kita boleh tunggu lagi mungkin baby akan pusing di saat-saat akhir nak bersalin. Kita jangan fikir normal or caesar yet. Mommy masih tersenyum keluar dari bilik doktor konon-konon ada chance lah deliver normal lagi sekali.

Tak kisah lah, mesti ada hikmah

Tambahnya lagi, pada 31 Januari dia bercadang untuk membeli-belah barangan baby tetapi apa yang dirancang tidak menjadi kerana perutnya tiba-tiba sakit menandakan bayi dah bagi ‘hint’ nak keluar. Tak dapat menahan kesakitan, mereka kemudian terus pergi ke hospital dan pada ketika itu rahimnya sudah terbuka 8 cm. Amyra kemudian melahirkan Ayra pada 1 Februari 2020 dan tidak seperti tarikh yang mereka impikan. Tetapi bagi Amyra dan Amar, mereka tidak kisah pun bagaimana cara Ayra dilahirkan dan bagi mereka setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

On the 31st january, mommy daddy last minute jalan-jalan cari baju-baju baby (nasib baik sempat!) lepastu esoknya 01022020 plan nak buat mani pedi, nak kemas-kemas dan cantik-cantik sikit la kan macam kawan-kawan yang lain masuk OT. Tapi semua tak dapat sebab baby emergency nak keluar.

Sumber: Amyra Rosli

SKIP THIS AD ×