Seorang pengajar masakan atau ‘cooking instructor’ dikenali sebagai Hadijah Bentaleb meluahkan rasa teruja apabila dihubungi selebriti popular, Noor Neelofa yang mahu menggunakan khidmatnya.
Artikel Berkaitan: ‘Mama Doakan Love Jadi Pendakwah Tersohor Di Seluruh Pelusuk Dunia’ – Kartini Titip Ucapan Sempena Hari Jadi Neelofa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Doa Berlindung Api Neraka – ‘Letak Syurga Sebagai Matlamat Utama, Tujuan Hidup Jadi Lebih Jelas’
Kelas memasak
Hadijah berkata, dia tidak pernah menyangka dapat mengajar ilmu masakan kepada selebriti berusia 36 tahun itu.
Kadang-kadang semangat membawa diri ke tempat yang tidak pernah saya bayangkan. Kelas memasak persendirian bersama Neelofa.
Hadijah berkongsi mengenai perkara itu menerusi perkongsian di platform ‘thread’ beserta mesej perbualan dengan Neelofa dan foto mereka berdua.
Dalam perkongsian sama, Hadijah turut memuji sikap Neelofa yang mempunyai inisiatif sendiri untuk mengambil kelas memasak meskipun sibuk dengan urusan kerja.
Saya sangat bangga dengannya. Walaupun dia sibuk, dia sentiasa meluangkan masa untuk menyediakan makanan untuk keluarga, malah menguli naan sendiri setiap pagi. Sungguh menginspirasi.
Sumber: threads