Umum mengetahui, Kumpulan Radja dari Indonesia telah mengadakan konsert ‘Jujur Takkan Melupakanmu’ di Mega Star Arena Kuala Lumpur, semalam.
Konsert yang berlangsung hampir tiga jam lebih itu ternyata memberi kepuasan buat para peminat dan penonton yang hadir dari seluruh negeri termasuk dari Indonesia!
Jom, OhBulan! kongsikan corat-coret Konsert Radja ‘Jujur Takkan Melupakanmu’ yang berlangsung malam tadi.
5,000 penonton hadir
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! malam tadi telah tercetusnya paduan rock hebat extravaganza di antara dua benua segaris muzik iaitu Indonesia-Malaysia. Lebih dari 5,000 penonton telahpun hadir di Mega Star Arena untuk menyaksikan konsert yang paling ditunggu-tunggu tahun ini iaitu ‘LIVE IN CONCERT RADJA (SPECIAL APPEARANCE ELLA)’.
Bermula sekitar jam 9:00 malam, konsert anjuran syarikat Orange International Entertainment ini berjaya menyatukan Radja dan Ella menerusi satu pentas yang sama. Menurut Ceo & Pengasas Orange Entertainment International, Dato’ Mohd Fadzli Idrus, sejarah telah tercipta apabila dua legenda rock dari dua buah negara bergandingan dalam pentas yang sama.
Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) memulakan persembahan dengan lagu Bulan, diikuti hits-hits mereka seterusnya seperti Selalu Jauh Dari Cinta, Wahai Kau Cinta, Cinderella Benci Bilang Cinta, Ga Ada Waktu, dan lain-lain dengan jumlah 16 buah lagu kesemuanya yang dipersembahkan.
Bawa anak teruna atas pentas
Selain mempersembahkan lagu-lagu yang hits, kumpulan Radja turut membuat kejutan apabila Ian membawa dua orang anak lelakinya untuk menyanyi bersama di atas pentas.
Memiliki raut wajah yang tampan dan mempunyai lesung pipit, rata-rata netizen terutama para gadis menjadi tak keruan apabila mendengar kelunakan suara kedua-dua anak vokalis kumpulan Radja itu.
Di samping itu, Moldy dan Seno turut membawa anak mereka bagi mewarnai konsert tersebut. Padu!
Pertama kali bersama Ella
Saat yang paling dinantikan apabila ratu rock negara, Ella muncul di pentas dengan menerima sorakan gemuruh dari penonton yang hadir dengan menyanyikan lagu Jujur serta Takkan Melupakanmu sebelum menutup acara.
Bukan itu sahaja, Ella turut menyanyikan lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ buat peminat. Ujar Dato’ Fadzli, dia berterima kasih kepada semua penonton yang hadir dan ‘sing-along’ sepanjang konsert berlangsung.
Menurut Ian, ini adalah ‘new chapter’ buat Radja kembali ke Malaysian dengan respon yang sungguh luar biasa dari peminat semua, terasa momen ‘intimate’ itu sepanjang konsert berlangsung.
Sumbangan untuk Palestine
Selain berhibur, konsert Radja ‘Jujur Takkan Melupakanmu’ turut menerapkan peringatan terhadap solidariti buat kemelut peperangan yang melanda saudara seislam di Palestine. Laungan ‘free Palestine!’ sebagai tanda sokongan turut bergema di Mega Star Arena semalam.
Menurut pihak Orange Entertainment, hasil kutipan daripada jualan tiket konsert sebanyak RM5,000 disumbangkan kepada mereka di Palestine.