Bukan semua manusia di bumi ini bertuah dapat merasai kasih sayang ibu bapa, salah satunya kisah lelaki yang akan kami kongsikan ini. Dia kehilangan ibu bapanya ketika berumur 13 tahun, sejak dari itu dia memulakan langkah perjalanannya seorang diri tanpa sokongan orang tuanya sehinggalah berjaya.
Bayangkan dengan umur muda sebegini sudah mula berdikari menyara hidup sendiri ketika zaman moden ini. Segala kos perbelanjaan dari zaman persekolahan, lelaki ini mampu menanggungnya sehinggalah ke alam Universiti. Moga coretan khas guru muda ini memberi inspirasi kepada anda semua untuk bangkit dan berjaya
Sakit Aku.. Gembira Aku.. Sedih Aku.. Semua Aku Tanggung Sendiri..
14 tahun dah aku hidup sendiri.. berdikari.. Sejak mak ayah meninggal semasa aku masih di tingkatan 1.. Sakit aku.. Gembira aku.. Sedih aku.. Semua aku tanggung sendiri.. Ambil report card sendiri.. Dapat anugerah pelajar melayu terbaik stpm di sekolah pun aku raikan sendiri.. Dapat top 5 pelajar terbaik upsi batch aku.. Tp x mng.. Pun raikan sendiri.. Hehe .. Ingat lagi dulu.. Masuk asrama.. Cuba utk berdikari.. Sbb kAkak bukan orang senang.. Anaknya ramai.. aku x nak susahkan dia.. aku dengan tekad dan matangnya.. mohon asrama kat sekolah.. isi borang sendiri.. dan bermulalah kehidupan aku di asrama kat asrama best.. ada kawan.. tp sedih sebab x ada family dtg melawat.. Kakak adalh dtg. Tp dis pun busy… sabtu ahad bila kawan2 keluar dengan family.. aku hanya pandang dari tingkap sambil menyapu air mata.. bila mereka pulang.. aku tgk mrk bawa kotak kfc.. bag baru.. baju baru.. mcm mcm lah.. aku hanya pandang dari jauh.. panjang lg kisah di asrama.. namun.. aku stop disini shj.. Kalau nk cerita lagi.. Pasti aku akan menangis.
Waktu Kat Sekolah Aku Tak Akan Cari Pasal..Cikgu Akan Panggil Parent.. Mak Ayah Aku Mana Boleh Dtgkan
(Gambar Hiasan)
Alam remaja ku bermula.. Dapat masuk universiti.. Persediaan nak masuk UPSI .. Semua aku uruskan sendiri.. Naik turun bas.. Nk pergi beli barang.. Excitednya.. Plg aku banggakan.. Aku Bayar yuran pertama UPSI guna duit keje cuci pinggan.. Siang malam aku basuh pinggan.. Tekad sblm masuk upsi.. Aku nk belajar betul2.. Nk dpt first class.. X nk bayar ptptn.. Yes.. Aku berjaya lakukan.. Rm34000 x perlu bayar 1 sen pun.. Waktu Kat sekolah aku x akan cari pasal.. Org buli aku.. Ejek aku.. Kacau aku.. Aku biarkan je.. Nape? Sbb x ada org nak backup aku lau aku bergaduh. Cikgu akan panggil parent.. Mak ayah mrk akan dtg sekolah.. Mak ayah aku mana boleh dtgkan
Sejak Di Bangku Sekolah.. Aku Dah Pandai Kerja..
(Gambar Hiasan)
Sejak sekolah lg Tinggal di asrama.. Bila Masuk u.. Sewa bilik. Dah kerja skrg pun Menyewa bilik sendiri.. Ramai tanya nape x kahwin? Maaf.. Jodoh saya belum sampai.. Bila x ada parent.. Mcm ni lah.. X ada org nak uruskan.. Nk tolong fikirkan majlis ku.. In sya Allah.. Jodohku dalam perjalanan.. Sejak di bangku sekolah.. Aku Dah pandai kerja.. Sapu sampah… Cabut rumput.. Cuci pinggan.. Cuci sayur.. Bancuh air.. Jual kerepek.. Nak cari duit untuk belajar.. Makan x boleh memiilih.. Kalau memilih… Pasti lapar.. Pernah dimarahi kerana membuka tutup saji di dapur.. Aku tidur dengan kelaparan.. Aku tidak marah.. Cuba be positif.. Pujuk diri.. Menumpang orang yang susah.. Mrk pun x cukup makan .. Sbb tu mrk marah.. Aku sayang mrk.. Tiada dendam..
Dugaan Dan Cabaran Hidup Aku.. Menjadikan Aku Seseorang Pada Hari Ini.. Hari Ini Aku Seorang Guru
Masih berhubungan baik hingga ke hari ini.. Anggap peristiwa tutup saji tidak disengajakan.. Dan aku rasa tenang beranggapan begitu..Aku x dimanjakan.. Aku x dimewahkan.. Apa aku nak.. Aku kena usaha sendiri.. Itu dugaan dan cabaran hidup aku.. Menjadikan aku seseorang pada hari ini.. Hari ini aku seorang guru.. Aku gembira.. Itu cita-cita aku.. Bila dikenang Apalah sangat kesusahan lalu.. Susah payah aku dahulu.. Mendewasakan aku .. menjadi kan aku insan yang tabah.. Terima kasih semua sebahagian dari kenangam hidup ku.. Maaf andai ada menyakiti.. Ber tabah lah kita.. Allah menguji insan yang mampu sahaja.. Itu tandanya kita insan yang kuat..
“Mak.. Maaf Sbb Tak Dpt Jd Doktor”
(Gambar Hiasan)
setiap kali pulang ke kampung.. aku melawat pusara ibu dan ayah.. Pernah aku titipkan satu kata “mak.. adik dah jadi cikgu.. adik dah ada kerja.. maaf sbb x dpt jd doktor.. adik x minat fizik bio kimia.. tapi adik janji.. adik akan ajar murid murid adik.. moga ada antara mereka menjadi doktor.. mak sehingga kita berjumpa lagi”.. mak Al-fatihah.. moga adik menjadi kebanggaan mak.. sayang mak …
jangan di kira harta orang.. Rezeki orang.. jangan peduli kemewahan orang lain.. itu rezeki mereka.. rezeki kita in sya Allah.. akan ada lah.. lambat atau cepat je.. lau x ada.. in sya Allah.. kat akhirat pasti ada nanti.. sentiasa belajar merasa cukup.. in sya Allah pasti bahagia dan gembira..
Pada Yang Terjatuh..Bangun Lah..
Pada yang terjatuh.. Bangun lah.. Dihadapan ada sesuatu yang indah.. Coretan ini untuk semua yang rasa hidup mereka malang.. Bukan untuk aku banggakan.. Ingatlah hidup ini sangat indah.. Kita yg pilih.. Mahu tersenyum ke.. Mahu menangis ke..
U can angry.. But until when.. U can sad.. But until when? Every second is ur change to be someone.. To Get what u want., rather than cry.. Better i smile.. Rather then look back better i run to my future.. Go go.. Life is wonderful..
Tq semua pada yang pernah menghulurkan bantuan.. Tq
Sumber : Facebook Razak Rahim