berita

Coronavirus: Jabatan Imigresen Halang 16 Individu Masuk Sarawak

February 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bagi mengatasi wabak coronavirus terus tersebar di Malaysia, seramai 16 orang individu terdiri daripada warga China, Hong Kong dan Indonesia dilarang masuk ke Sarawak pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu.

16 orang individu dilarang masuk

Sekadar gambar hiasan

Menurut Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, seramai 13 orang warga China, dua orang dari Hong Kong dan seorang dari Indonesia itu mempunyai rekod sejarah perjalanan ke China dalam tempoh dua minggu lalu. Tambahnya, 11 orang individu itu menaiki kapal terbang dari Semenanjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Manakala, dua daripadanya menaiki kapal terbang dari Kota Kinabalu, Sabah.

Warga Indonesia itu adalah lelaki, manakala yang dari Hong Kong pula seorang lelaki dan wanita. Mereka cuba masuk ke negeri ini dengan menaiki pesawat dari Semenanjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). Seramai sembilan orang lagi, iaitu tiga wanita dan enam lelaki pula menaiki pesawat ke LTAK dari Semenanjung.

Kes kematian meningkat

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesahkan sebanyak 2,829 kes baru direkodkan di China dengan 57 daripadanya membabitkan kematian. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 362 orang. Setakat ini 24 negara sudah mengesahkan kes berhubung coronavirus ini. Malaysia mencatatkan 8 bilangan kes manakala, Filipina juga merupakan satu-satunya negara yang melaporkan satu kes kematian selain China.

Buat korang yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai wabak koronavirus, korang boleh layari worldometers, Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun mengikuti perkembangan terkini di laman web World Health Organization.

Sumber: Harian Metro & Kementerian Kesihatan Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×