berita

Covid-19: 170 Kes Baharu & 1 Kematian Direkodkan Hari Ini

April 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Perkembangan terbaru mengenai wabak Covid-19 pada hari ini mencatatkan bilangan pesakit yang sembuh sebanyak 80 kes dan dibenarkan pulang. Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan pulih adalah sebanyak 1321 kes.

Penambahan 1 kematian baharu

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media khas Covid-19 memaklumkan terdapat 170 kes baharu yang dilaporkan setakat hari ini dan pertambahan ini menjadikan Malaysia merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 3963 kes. Selain itu seramai 92 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan daripada jumlah itu sebanyak 50 kes masih memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun terdapat penambahan 1 kematian baru yang dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) sehingga hari ini dan jumlah kematian akibat Covid-19 ini adalah sebanyak 63 kematian.

Kes kematain 63 merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 71 tahun yang berasal daripada Perlis dan mempunyai sejarah menghadiri perhimpuan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 Mac hingga 24 Mac. Mangsa telah meninggal dunia pada 6 April 2020.

Sumber: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

SKIP THIS AD ×