berita

Covid-19: Kurang Stok, Petugas Perubatan Cipta Sendiri Pelindung Muka

March 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bilangan pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Malaysia, semakin bertambah termasuk kes kematian yang dilaporkan. Perkara tersebut, sedikit sebanyak memberi kesan buat petugas perubatan yang sedang berkhidmat kerana kelengkapan hospital seperti alat pelindung muka semakin berkurangan.

Menerusi Facebook Muhsin Abdul Ghani, lelaki ini memberi sumbangan barang kelengkapan diy untuk petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memerlukan alat pelindung muka. Terbaik!

Harap dapat membantu mereka

Mag sudah. anda bila lagi! Baru beli kelengkapan diy untuk disponsor kepada hospital hkl. Wife mag adalah x nurse di hkl , jadi tugas kami membantu mereka sebab kelengkapan ini telah terputus utk front liner staf di hkl. jadi DIY jer. Harap dapat membantu mereka yang sanggup berhadapan dengan risiko nyawa. Kenapa perlu. Kerana perlu melindungi mata dan permukaan muka dari jangkitan. Kalau dapat terus buat dan hantar yang dah siap lagi bagus. Anda boleh jer contact kawan-kawan yang bertugas dan tanyakan apa yang boleh kita bantu. Semudah itu jer.

Menurut Muhsin, dia mengetahui isu bekalan alat pelindung muka di hospital tidak mencukupi selepas isterinya yang merupakan bekas jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan hal tersebut. Tambahnya, sebagai seorang manusia yang menghargai jasa dan pengorbanan petugas perubatan yang berkhidmat, dia telah membeli kelengkapan diy untuk petugas perubatan membuat alat pelindung muka sendiri. Ini kerana, mereka bakal berhadapan dengan risiko yang melibatkan nyawa sekiranya tidak memakai alat pelindung tersebut.

Moga dipermudahkan urusan barisan hadapan kita

Di Facebook juga, viral beberapa foto di mana petugas perubatan mengorbankan masa mereka untuk membuat sendiri alat pelindung muka demi melindungi diri sendiri dan jutaan nyawa.

Sumber: Muhsin Abdul Ghani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×