berita

Covid-19: Lelaki 75 Tahun Korban Ke-16, Punca Jangkitan Masih Dalam Siasatan

March 25th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan satu lagi pertambahan kes kematian berhubung wabak Covid-19 hari ini. Laporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 16 orang.

Warganegara Malaysia berusia 75 tahun

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Noorhisham mangsa merupakan warganegara Malaysia berumur 75 tahun dan merupakan kes ke-1334. Mangsa turut dipercayai mempunyai latar belakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit. Sementara itu, Malaysia mempunyai 106 kes baru Covid-19 dan menjadikan 1,624 kes keseluruhan pada 24 Mac 2020. 4 orang pesakit Covid-19 di Malaysia turut dilaporkan telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan 183 pesakit sembuh.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×