berita

Covid-19: Pengusaha Kebun Sayur Di Cameron Highland Derma Hasil Tanaman Kepada Penduduk Setempat

March 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Walaupun pihak kerajaan sering menasihati bahawa rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan bekalan makanan kerana ia sentiasa mencukupi. Namun, ada segelintir rakyat Malaysia telah melakukan pembelian panik sehingga berlaku kesesakan dan juga kekecohan di sesetengah pasar raya. Bahkan, sesetengah barang keperluan turut habis diborong oleh mereka yang panik.

Menerusi Twitter YB Ramli Mohd Noor, salah seorang pengusaha kebun sayur di Cameron Highland telah mendermakan kesemua tanaman sayuran buat masyarakat Sungai Koyan ekoran wabak Covid-19 yang sedang berlaku di negara ini. Terbaik!

Bantuan semasa kemelut Covid-19

Usaha murni seorang saudara yang dikenali sebagai Wong Seng Yee ini mendapat pujian daripada Ahli Parlimen di Cameron Highland iaitu YB Ramli. Menurut YB Ramli, kesemua sayuran yang didermakan itu merupakan hasil tanaman saudara tersebut dan dia berniat untuk memberikan bantuan kepada semua masyarakat Sungai Koyan semasa kemelut Covid-19 ini dan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Ahli Parlimen Cameron Highland itu turut berharap orang ramai dapat saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan juga agama.

Menyampaikan bantuan kepada masyarakat

Di samping itu, YB Ramli turut memberitahu bahawa bantuan berupa makanan dan wang turut diberi kepada semua masyarakat seperti Orang Asli Sungai Ubi, masyarakat India di Cameron Highland dan PASTI.

Sumber: Ramli Mohd Noor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×