berita

Tambahan 208 Kes Baru Hari Ini, Covid-19 Ragut 5 Nyawa Lagi

April 2nd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Perkembangan terbaru mengenai Covid-19 hari ini mencatatkan rekod sembuh paling tinggi iaitu sebanyak 122 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan terdapat 208 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3116 kes. Daripada jumlah tersebut, 767 kes telah sembuh.

5 kematian

Bagaimanapun, terdapat 5 kematian baru dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC). Jumlah keseluruhan mati 50 kes setakat ini

Kes kematian 46 adalah lelaki warganegara Malaysia dengan sejarah penyakit kronik. Manakala kes 47 merupakan warga emas 78 tahun yang juga mempunyai goat dan darah tinggi. Untuk kes ke 48, juga membabitkan warga emas 85 tahun yang mempunyai sejarah sakit jantung dan darah tinggi.

Bagi kes 49, mangsa adalah warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Mempunyai contact rapat dengan pesakit positif Covid. Untuk mangsa ke 50 korban adalah warga Malaysia yang berusia 69 tahun disahkan meninggal dunia 2 April 2020 pada jam 2.20 petang.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×