berita

Covid-19 Semakin Menakutkan. 5,725 Kes Baru Hari Ini, Selangor Paling ‘Champion’

January 29th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penularan pandemik Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila negara kita mencatat kes positif baharu tertinggi iaitu sebanyak 5,725 kes dilaporkan hari ini dengan kematian sebanyak 16 orang.

Artikel berkaitan: Kes Jangkitan Covid-19 Di Seluruh Dunia Dah 1 Juta, Angka Kematian Lebih 50K

Artikel berkaitan: Pendaftaran Suntikan Vaksin Covid-19 Akan Dibuka, Ini Golongan Pertama Yang Bakal Terima

Selangor terus mencatat kes harian tertinggi

Foto: Global Times

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 5,725 lagi kes positif baharu dilaporkan pada 29 Januari 2021.Ia merupakan jumlah tertinggi kes jangkitan COVID-19 setakat ini, sejak wabak COVID-19 mula tersebar dalam negara. Selain itu, Selangor juga dilaporkan mencatat kes harian baharu tertinggi hari ini sebanyak 3,126 kes diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 687  kes dan 684 kes dari Johor.

Sehubungan dengan itu, jumlah kumulatif kes sembuh yang dicatakan hari ini adalah sebanyak 57,722 kes (77.34 %). Manakala jumlah kumulatif adalah sebanyak 203,933 kes. Jumlah kes aktif yang dicatatkan adalah sebanyak 45,478 kes. Jumlah kumulatif kematian pula adalah sebanyak 733 kes iaitu 0.36%.

 

 

Sumber: KKM

SKIP THIS AD ×