berita

Pendaftaran Suntikan Vaksin Covid-19 Akan Dibuka, Ini Golongan Pertama Yang Bakal Terima

January 15th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penularan pandemik Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila semalam, negara kita mencatat kes positif baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,337. 

Artikel berkaitan: Terima Vaksin Bersama Jokowi, Raffi Ahmad ‘Brainwash’ Golongan Anti-Vaksin Indonesia

Artikel berkaitan: Selangor Nak Beli Sehingga 5 Juta Dos Vaksin Covid-19

Terbaru, berita baik untuk rakyat Malaysia kerana menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 untuk rakyat akan dibuka dalam masa terdekat.

Putuskan rantaian Covid-19

Foto: Indian Express

Menurut laporan yang dipetik dari Bernama, Datuk Seri Adham Baba berkata, setiap individu akan menerima dua dos vaksin bagi memastikan individu berkenaan mempunyai perlindungan secara penuh daripada jangkitan virus itu.

Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan kad yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan.

Tambahnya lagi, kad itu penting bagi memastikan mereka yang telah disuntik kali pertama, mendapat dos kedua mengikut tarikh yang ditetapkan dalam masa 21 hari.

Namun, Dr Adham Baba masih tidak berkongsikan tarikh pembukaan untuk pendaftaran vaksin tersebut. Sehubungan dengan itu, beliau turut menegaskan bahawa penerima vaksin harus mengamalkan norma baharu bagi perlindungan secara menyeluruh.

Beliau berkata, ini kerana matlamat utama vaksin Covid-19 adalah untuk melindungi petugas di barisan hadapan, mengurangkan kematian dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan sasar 70% populasi diberi vaksin

Foto: The Edge Marketers

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook, Dr Adham berkata, kerajaan mensasarkan memberi vaksin kepada 70% populasi atau 23 juta orang bagi membentuk imuniti berkelompok.

Namun, pemberian vaksin akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu, fasa 1 kepada petugas barisan hadapan, fasa 2 untuk kumpulan yang berisiko tinggi dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan fasa 3 untuk orang awam yang berumur 18 tahun ke atas.

Tambah beliau, vaksin Pfizer-BioNTech yang bakal diterima hujung bulan Februari ini telah pun mendapat kelulusan bersyarat daripada NPRA.

Sumber: KKM, Bernama.

SKIP THIS AD ×