berita

Covid-19: Shenzen Bandar China Pertama Larang Makan Kucing & Anjing

April 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Shenzhen, China merupakan bandar pertama yang melarang penjualan dan penggunaan anjing dan kucing sebagai bahan makanan. Larangan tersebut seiring dengan penularan wabak Covid-19 yang kian melanda seluruh negara termasuk China.

Menerusi laporan BBC, pihak berkuasa China turut mengumumkan bahawa mereka mengharamkan perdagangan dan penggunaan haiwan liar di samping, undang-undang baru berkaitan hal tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Mei ini.

30 juta anjing dibunuh setahun

Menurut Human Society International, hampir 30 juta anjing dibunuh di seluruh Asia dalam tempoh setahun. Walau bagaimanapun, amalan makan daging anjing di China merupakan perkara yang jarang berlaku dan masyarakat di sana juga mengatakan yang mereka tidak mahu memakannya.

Anjing dan kucing merupakan haiwan kesayangan yang diwujudkan untuk manusia agar mereka menjalinkan hubungan yang lebih erat dan berkongsi rasa kasih sayang berbanding haiwan lain. Namun, larangan memelihara anjing, kucing dan haiwan lain sudah menjadi kebiasaan buat negara membangun seperti Hong Kong dan Taiwan.

Usaha mengakhiri perdagangan kejam

Organisasi advosaki haiwan HSI memuji langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa China. Menurut mereka, perkara tersebut merupakan langkah yang berkesan untuk mengakhiri perdagangan kejam terhadap haiwan terutama kucing dan anjing.

Menurut Pakar daripada China, Dr Peter Li, langkah ini benar-benar boleh menjadi momentum dalam usaha mengakhiri perdagangan kejam buat individu yang membunuh kira-kira 10 juta anjing dan 4 juta kucing di China setiap tahun. Pada masa yang sama, China meluluskan penggunaan hempedu beruang bagi merawat pesakit Covid-19.

Sumber: BBC

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×