berita

Covid-19: Singapura Batal Bazar Raya Tahun Ini

March 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap tahun, Pertubuhan Rakyat (People’s Association) Singapura akan menganjurkan Bazar Raya beberapa hari sebelum bermula bulan Ramadan dan berakhir pada 1 Syawal sempena hari raya Aidil Fitri.

Menerusi laporan Astro Awani, pertubuhan tersebut mengumumkan pembatalan penganjuran Bazar Raya pada tahun ini ekoran wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Banteras penularan wabak Covid-19

Menurut Pertubuhan Rakyat (People’s Association) Singapura, langkah tersebut diambil bagi membanteras penularan COVID-19 yang berlaku di Singapura dan melibatkan satu dunia. Setakat ini, Singapura mencatatkan 266 kes dan tiada kes kematian yang dilaporkan.

Seperti tahun sebelum ini, Bazar Raya sepatutnya berlangsung pada 18 April sehingga 24 Mei di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang Melayu Singapura terutama di Woodlands, Geylang Serai dan Tampines. Pengunjung akan bersesak-sesak membeli belah sepanjang bazar tersebut berlangsung. Sebaik sahaja pengumuman pembatalan dilakukan, pertubuhan tersebut yakin pasti sesetengah pengunjung tegar akan berasa kecewa sedikit sebanyak.

Pembatalan ini sudah tentu akan menimbulkan kekecewaan pengunjung tegar dan peniaga dan sedikit sebanyak mengurangkan keceriaan pada Ramadan dan Hari Raya. Namun, negara terpaksa menghadapi realiti bahaya penularan COVID-19.

Mengenai jemputan tender, pertubuhan tersebut memberitahu bahawa mereka sudah mencapai peringkat jemputan. Oleh kerana pembatalan telah berlaku, kesemua penawaran tender kepada mana-mana pihak dibatalkan serta merta. Selain pembatalan penganjuran Bazar Raya, kesemua acara pesta bermula semalam turut dibatalkan.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×