berita

Covid-19: Solat Jumaat Di Seluruh Perlis Dibatalkan, Ganti Solat Zohor Di Rumah

March 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadata Melayu Perlis (MAIPs) menerusi satu kenyataan media mengumumkan untuk membatalkan solat Jumaat di seluruh Perlis hari ini berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan.

Solat jumaat dibatalkan

Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik dalam akaun Facebook rasmi MAIPs memberitahu keputusan itu merupakan hasil perbincangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai Covid-19, serta menerima pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Keputusan itu kemudian diputuskan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Hal ini adalah rentetan perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan KKM. Justeru, pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar, termasuk aktiviti agama, hendaklah dielakkan.

Elak aktiviti berskala besar

Sementara itu, MAIPs turut mmeberitahu bahawa pengurusan masjid di seluruh Perlis akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan daripada mengadakan sebarang aktiviti atau program yang berskala besar. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, mereka juga turut menasihatkan orang awam agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan daripada menyertai aktiviti atau program yang dihadiri ramai orang.

Maka, dinasihatkan agar individu Muslim sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Sumber: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadata Melayu Perlis (MAIPs)

SKIP THIS AD ×