berita

Covid-19: Tak Henti Beri Bantuan Barangan Keperluan Kepada Penduduk, ADUN Wanita Ini Dipuji

March 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ekoran peningkatan kes wabak covid-19 di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman memberi beberapa sumbangan berupa barangan keperluan buat masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.

Menerusi akaun Facebook Young Syefura, dia kelihatan mengagihkan setiap barangan keperluan yang dibelinya dan turun padang untuk melawat dan menyerahkan sendiri kesemua barang tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Kita jaga kita

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dalam tempoh #PerintahKawalanPergerakan ini ada di antara penduduk di sekitar Ketari yang kurang berkemampuan telah menghantar message dan sebagainya untuk memohon keperluan bantuan barang dapur. Kebanyakan di antara mereka ini merupakan peniaga kecil-kecilan, bekerja di kedai makan atau pekerja yang mengharapkan gaji harian. Tambahnya, pada masa ini segala bantuan yang telah diberikan menggunakan duit poketnya sendiri. Ini kerana peruntukan dari Kerajaan Pusat sebelum ini telah ditarik balik.

Saya tidak kisah menggunakan wang sendiri kena saya tahu ini adalah tanggungjawab saya untuk membantu mereka yang memerlukan. Rezeki yang ada kita kongsi bersama, InsyaAllah. Namun begitu, jika ada pihak di luar sana yang ingin turut sama membantu mereka yang memerlukan amatlah dialu-alukan. Ini masanya. #KitaJagaKita

Menyampaikan sumbangan yang diberikan

Di samping memberi sumbangan barangan keperluan dan makanan, Young Syefura turut turun padang menyampaikan sumbangan makanan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Ketari. ADUN Ketari itu sempat singgah Pejabat Kesihatan Daerah Bentong untuk bertanya khabar dan update terbaru mengenai kes #COVID19 di dalam Daerah Bentong.

Sumber: Young Syefura Othman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×