berita

Covid-19: Terkenal Sebagai Komposer Berbakat, Pemergian Pensyarah UNIMAS Ini Ditangisi Ramai

April 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pemergian seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19  semalam, ternyata mengundang sebak pihak pengurusan universiti, rakan setugas dan para pelajar arwah.

Menerusi Facebook rasmi UNIMAS, pihak pengurusan universiti mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa iaitu Allahyarham Iran Amri Musoddiq dan mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat.

Salam takziah

Assallamualaikum dan salam sejahtera. Dukacita dimaklumkan bahawa Pensyarah UNIMAS, En Iran Amri Musoddiq, telah meninggal dunia pada 31 Mac 2020. Allahyarham En Iran Amri Musoddiq yang berasal dari Dumai, Riau Indonesia meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Beliau merupakan Pensyarah Muzik yang telah berkhidmat selama 6 tahun di UNIMAS.

Allahyarham En Iran, yang mesra dikenali sebagai Pak Iran, terkenal sebagai komposer yang amat berbakat dalam seni gubahan musik dan lagu. Allahyarham sangat disenangi oleh rakan-rakan sekerja dan anak-anak didik atas perwatakan beliau yang mesra dan tutur kata yang lembut. UNIMAS mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Terima kasih atas segalanya

Allahyarham Iran Amri berasal dari Riau, Indonesia merupakan mangsa korban ke-41 (kes 1275) yang dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac yang lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam kira-kira pukul 1.38 pagi.

Masih teringat sapaan dan senyuman

Sumber: UNIMAS & Iranz Amri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.