berita

Coway Melancarkan Produk BATERI BIDET Terbaru Bagi Kebersihan & Keselesaan Semua!

January 15th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kesihatan & Hidup Aktif

Menjaga kebersihan diri dan badan adalah penting bagi setiap individu. Salah satu sebab mengapa kebersihan diri penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan terbaik.

Lebih-lebih lagi, bila korang berada di rumah. Kalau boleh tandas pun korang akan pastikan sentiasa bersih, barulah selesa! Haa, korang tau tak baru-baru ni Coway melancarkan produk terbaru mereka iaitu Coway BATERI BIDET

Nak tau apakah fungsinya dan best ke tak? Jom kita tengok…

Berteknologi tinggi & boleh amalkan gaya hidup sihat

Nak tau kenapa kami cakap Coway BATERI BIDET ni berteknologi tinggi? Ia disebabkan produknya terdiri daripada panel satu sentuhan yang memiliki arah aliran air dan tekanan air berbeza dengan fungsi pembersih muncung yang akan memudahkan korang untuk mencuci ketika nak membuang air. 

Penting juga untuk korang tahu bahawa tandas merupakan tempat yang penuh dengan mikroorgasnisma seperti bakteria, kuman serta virus! Jadi, kebersihan tu mesti kena jaga kan?

Dalam masa yang sama, korang boleh mengamalkan gaya hidup sihat sebab Coway BATERI BIDET juga memberi manfaat lain contohnya boleh mengurangkan penggunaan tisu tandas tau!

Mudah digunakan oleh kanak-kanak, wanita mengandung & warga emas

Coway BATERI BIDET sangat sesuai untuk korang yang ada anak kecil, isteri yang sedang mengandung atau pun ibu bapa korang yang tak mampu nak guna tandas sendiri.

Korang boleh ajar mereka dengan mudah sebab ia sangat senang diguna. Maklumlah Coway BATERI BIDET canggih, ada banyak button boleh tekan. Ada button nak keluarkan air dari depan belakang dan banyak arah lagi.

Korang juga boleh adjust tekanan air. Jadi, selamatlah dari sebarang percikan, kualitinya pun tahan dan kuat! Kalau korang nak tengok macam mana rupanya, ha tengok dekat bawah ni! Banyak juga fungsinya.

Selain itu, penggunaan Coway BATERI BIDET akan memastikan lantai tandas sentiasa kering, mengurangkan kecederaan terjatuh ibu bapa korang disebabkan lantai yang licin.

Penggunaan tenaga hanya dengan bateri double A (AA)

Penggunaan tenaga Coway BATERI BIDET menggunakan tenaga 90W dan hanya bateri Double A (AA) yang perlu dicas semula untuk beroperasi.

So, kalau rasa dah kurang tenaga, korang tukar je dengan bateri baru lepas tu boleh guna macam biasa. 

Boleh bayar secara sewa bulanan dengan harga mampu milik!

Kini dengan Coway BATERI BIDET, korang boleh beli dan membuat pembayaran secara sewa bulanan iaitu dengan hanya RM39, termasuk 5 tahun perkhidmatan penyelenggaraan percuma!

Lepastu korang juga akan mendapat pengecualian yuran pemprosesan sewa sebanyak RM200 termasuk hadiah percuma iaitu berus gigi dan ubat gigi Coway!

Tapi kalau korang nak beli je terus, harga di pasaran sekarang adalah RM1,390, termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama satu tahun. 

Jom dapatkan Coway BATERI BIDET sekarang!

Amalkan kebersihan optimum dan gaya hidup sihat bagi keselesaan diri dan keluarga korang dengan Coway BATERI BIDET. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Coway sekarang!

SKIP THIS AD ×