berita

Cristiano Ronaldo Peroleh Pendapatan Tertinggi Di Instagram, Tewaskan Messi & Beckham

October 16th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, Instagram merupakan satu platform media sosial untuk memuat naik gambar swafoto, makanan, video dan sebagainya. Namun, berikutan dengan peredaran zaman, platform Instagram ini juga telah digunakan untuk menjana pendapatan melalui iklan-iklan atau paid review. Ramai dalam kalangan pengguna Instagram terutamanya selebriti menggunakan Instagram sebagai side income.

Terbaru, pemain bola sepak elite di dunia, Cristiano Ronaldo telah dinobatkan sebagai bintang yang meraih pendapatan tertinggi di Instagram dengan menewaskan selebriti di seluruh dunia.

CR7 peroleh RM204.6 juta

Menerusi The Sun, Ronaldo berjaya meraih pendapatan sebanyak £38.2 juta (RM204.6j) iaitu dua kali ganda dengan pendapatan pesaingnya, Lionel Messi pada tahun lalu.

Bintang Juventus dan Kapten Portugal ini memperoleh pendapatan tertinggi melalui iklan-iklan dan promosikan produk. Keseluruhan 34 kiriman tajaan di Instagram, Ronaldo berjaya menerima £780,000 (RM4.1j) untuk setiap posting dibuat.

Manakala, musuh tradisi Ronaldo iaitu bintang Barcelona, Lionel Messi meraih pendapatan berjumlah £18.7j (RM100.1j) dan menerima £518,000 (RM2.8j) setiap kali dia membuat posting.

Walaupun sudah 6 tahun bersara dari sukan bola sepak dunia, David Beckham masih mencatat kedudukan tinggi iaitu di tempat kelima berbanding bintang Brazil, Neymar Jr. di tempat keenam.

Kendall Jenner tewaskan Kylie Jenner

Pencapaian yang diperoleh bintang bola sepak ini berjaya menewaskan bintang-bintang selebriti terkenal dunia seperti Kendall Jenner di tempat ketiga dan Kylie Jenner di tempat kelapan.

Kendall Jenner meraih pendapatan  £12.7j (RM68j) dengan £489,000 (RM2.6j) setiap posting di Instagramnya. Manakala, Kylie menerima £3M mengatasi pemain bola sepak Ronaldinho menerusi tiga posting sejak 12 bulan lalu dengan kos £1j (RM5.3j) setiap satu.

Pengarang kajian itu Buzz Bingo menilai jumlah keseluruhan posting setiap bintang sejak 12 bulan terakhir kemudian membahagikan jumlah itu dengan jumlah pendapatan yang diisytiharkan sepanjang tempoh tersebut.

Sumber: The Sun, Daily Mail

 

SKIP THIS AD ×