berita

Dituduh Cuba Rakam Foto David Beckham & Lionel Messi, Pelanggan Restoran Kena Belasah Teruk Dengan Pengawal Keselamatan

August 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isteri kepada pemain bola sepak David Beckham iaitu Victoria Beckham terpaksa mengheret anak perempuan mereka, Harper Seven Beckham keluar dari sebuah restoran mewah di Miami selepas tercetus satu pergaduhan besar.

Salah faham

Foto: mangsa

Menerusi laporan TheSun, Victoria dan Beckham ketika itu sednag menjamu selera bersama pemain bola sepak Lionel Messi dan isterinya, Antonela Roccuzzo di restoran berkenaan.

Bagaimanapun mereka terpaksa berlari meninggalkan restoran itu apabila berlaku pergaduhan besar sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera. Pergaduhan tersebut tercetus selepas seorang pelanggan dalam restoran itu didakwa mahu mengambil gambar Messi.

Akibat salah faham yang berlaku, pengawal keselamatan tersebut telah menendang dan menyerangnya sehingga cedera. Menjelaskan keadaan sebenar, mangsa memberitahu rakannya hanya mahu mengambil foto keluarganya sendiri.

Pengawal keselamatan melompat ke arah kami, menendang saya keluar dan menumbuk muka saya. Semuanya disebabkan rakan saya cuba untuk mengambil gambar dengan isterinya. Bukan gambar Beckham atau Messi.

Sumber: The Sun

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×